Sunday, April 3, 2016

Wedding Sana Sini

Assalamualaikum.



Tadi aku pi wedding adik angkat masa sekolah dulu. Adik aku ni jemput gi kenduri dia hari sabtu sebenarnya, aku memang niat nak ajak mak aku je gi berdua. Ntah kenapa, hari jumaat malam tu tertengok jemputan kad kahwin dari anak kawan baik mak tapi hari Ahad lah. Tenung punya tenung, rupanya adik angkat aku ni kawen ngan anak kawan baik mak. Cehhh keciknyaaa laaa dunia.

So, aku decide gi Ahad jela, belah laki punya kenduri. Kat Pulai Indah, dekat sikit ngan umah aku. Masa sampai je dah hujan. Ok laah, sejuk gituuu.

Adik angkat aku ni tak banyak berubah. Masih sama, kecik, banyak cakap samaaa macam dlu jugak hahaha. So, makin kerap laaa aku boleh terjumpa adik aku asiah ni, sebab dia da kawen ngan anak kawan baik mak kannn heeee.

Soalan sebelum balik tadi, biasalaaa, kawan baik mak mesti pesan suh cari suami yang baik. Pastu tanya aku da ade calon belom. Macam biasa, aku pon jawab dengan tenangnya, tak adeeee cik gayahh hihih. Dan yaaaaa aku tak nak ade calon, taknak bercinta dengan sesiapa pun buat masa ni, tak sure sampai bila. Dulu, bertahun aku single, tetibe muncul mamat poyo kawan sekolah rendah aku, bagi harapan palsu cam harommmm, konon nak nikah ngan aku laaaa kann. Aku baru ilang sesaat ok. Dengan niat nak merajok seminggu lah kannn hahaha. Dia tak datang ponnnn carik aku weyyy. Siap ade pengganti awek lain lagi bebbbb. Wauuuu sangat. Tak sangka orang tak berapa nak kacak, tak berapa nak bersihhh sangat (maksud aku pengotorrrr sgt sgt) boleh dapat awek semudah kicap ABC (pandai tak aku buat ayat hahaha). Tapi aku tak kisah laaa sebab, youre not worth it ponnnn (nak kata berharta ponn idok). Orang macam aku, nak cari pengganti, yaaa memaaaang mudah. Tapi aku tak lah semudah & semurah tu. Kalau nak boleh je. Tapi tak nak lah main kan hati orang. Kalau tak bersedia nak bercinta, jangan la ada relationship yaa uolsss.

Ok lah, nak pi makan nasi lauk kari. Byeeeee.

No comments: