Wednesday, March 16, 2016

2016 Hancur Aku Lagi

Assalamualaikum.

Fuyooo. Rekod sangat rasa ni, buat pertama kalinya dalam tahun 2016 iols hapdet blog. Syahdunya, setahun sekali je hapdet. Macam raya lah pulak, setahun sekali kannnn? Kihkihkih.

Rasa nak luahkan sangat kat sini sebab selama ni tak pernah luah kat mana-mana media sosial. Sebenarnya, dalam January tahun ni, ada someone ajak iols nikah. Nikahhh ok? For the first time, orang yang iols baru kenal ajak serious terus. Iols dengan yakinnya cakap yes yes yessss. Selama 27 tahun hidup ni, ni lah first time ada lelaki yang baru je kenal iols melamar iols. Huwaaaa syahduuu. Tapi ianya manis permulaan sajaaa. Bak kata mak iols, jangan pakai kahwin je, buat la istikharah dulu. Kahwin ni bukan sekejap, kahwin ni untuk selamanya. Then, iols pon slowly, mengenali dia. Actually, dia ni kawan sekolah rendah iols, dok sebelah iols masa sekolah rendah, ntah ngape iols ni boleh terbuka hati untuk bercinta lagi. Serius, lama kut dah single. Since 2013 okayyy iols single mingle kahkah. Dah bertahun hidop menyinggle jer, kalo dating pon cuma dengan mak & anak sedara iols jer. Sampai orang sekeliling hengat iols ni mak budak kecik ni T_T


Okay, tapi pointnya bukan iols nak cakap iols ni dah taken ke ape ke, pointnya, iols dah single balik hahahaha. Ntah laaaaa. Iols rase dia cuma bersungguh di awal perhubungan je. Mak iols cakap jangan jumpa selalu. Dia ni pulak, sikit-sikit ajak jumpa. Al maklumlah, dok sejengkal aje. Iols pun melayaaannn. Tapi betul lah cakap mak, easy sangat iols ni. Jangan keluar selalu, nanti cepat bosan, dan betul pun, seriously bosannnn. Mungkin antara sebab lain tak jadi disebabkan ketidak matangan iols dan dia. Hmmm biarlaaaa diaaa. Iols ngaku yang iols kalau merajuk, sumpahhhh tak matanggg, and I hope I can get someone yang matang, yang boleh pujuk iols bila perangai meroyan iols datang haha. Tapi kalau dua-dua tak matang, hancur la. Nak harapkan iols yang mengalah?? Memang tak lah. Sebab tu iols single bertahun-tahun hahaha. Padan la muka hakku kannn.

So, bermula lah hidup iols dengan game shushi iols balik. Kalau bosan, iols main game sampai juling mata buat shushi tuuu. Hahaha. Nak layan sedih ni ke? Sedih tu sedih la, sebab the one yang ajak serius is you you youuuuuu. Not me. I memang malassss gila layan you pun awal-awal. But after i see your effort, datang jumpa mak, bawak I jumpa family you, you call I tak henti-henti even I tak hinginnn nak angkat, so I see your effort nak mengenali I, then I accept U. Takpela, benda nak jadi kannn. At least, I learn from my mistake.

So from now on, I taknak accept sesiapa punnnn dalam hidup I kalau korang tak hantar rombongan merisik terus T_T

Ok lah byeeeeee. Nak layan hancur aku sat naaaa.



No comments: