Monday, June 29, 2015

Anak-anak bulus

Assalamualaikum.

Selamat bersahur. Rajin pulak nak update blog pagi ni. Tapi tak mahu la update kisah hidup yang sedih sebab confirm boriiiingggg siapa yang singgah baca sini. Hewhewhew.

Nak citer pasal mak kucing yang aku bawak balik dari kilang aku keje. Nak jadi citer mak kucing ni memang lah kiut mukanya. Aku nampak dia mintak makanan kat kantin kilang. So, aku pn calling-calling abah aku, tanya nak kucing bulu kembang tak? Dia jawab boleh la kalau cantik. Aku pulak boleh lupa nak mention yang kucing ni mak kucing, bukan nya anak kucing. Gigih lah aku masuk kan dalam kotak, buat lobang kecik, siap dia buat tanda lagi kat dalam kereta aku, kencing hokkeyyy. Huwaaa T_T

Sampai umah, abah aku pun terkejut, apesal mak kucing pulak yang ko bawak balik ni? Hahaha.

Abah aku siap buat kandang dua tingkat lagi untuk dia dan kiter satu kuarge decide nak namakan dia Sandy. Kiut gittewww. Masuk ni dah lapan bulan kami bela. Siap lahirkan empat ekor anak kucing yang kiut lagi. Sekarang ni Sandy pregnant lagi kali kedua. Aku kagum ngan si Sandy ni. Keje nya beranak jer ok. Anak 4 ekor belum sempat membesar dia dah pregnant lagiii kih3.


Yang kiri jantan, yang kanan betina.

Yang ni jantan. Lagi sekor aku tak sempat ambik gambar lagi.

Ok lah, nanti ada masa aku update lagi lah pasal diorang yang kiut ni. Thanks Sandy sebab lahirkan 4 ekor anak kucing yang kiut ni hihih. Gambar Sandy tak ada dalam simpanan pulak.

Bye-bye dan Assalamualaikum dari tuan belog yang bertambah berat badan ni. Sobssss.

Update gambar kucing 2/11/2015

Si Comel

Si Mia

Si Boboi


No comments: