Tuesday, January 13, 2015

Fobia

Assalamualaikum.

Lamanya tak update. Sedih bila fikirkan soal diri sendiri semenjak dua menjak ni. Tak apa la. Aku anggap ni semua dugaan yang boleh matangkan hidup. Akak-akak aku kalau usia gini dah jadi bini orang dah. Yang aku, single lagi. Rasa macam lama sangat dah single. Kenapa aku rasa hati dah mati sangat nak bercinta. Tak tahu lah kenapa. I don't trust men. Langsung tak ada minat. Aku takut je nanti mak aku suruh kawin, last2 pakai kawin je tanpa rasa cinta. Usia pun makin tua, bukan makin muda. Kawan-kawan dah timang anak berderet, aku masih ditakuk lama. Aku takut nak masuk fasa perkahwinan. Takut ya amat. Aku tak tahu sampai bila la hati ni nak macam ni. Tengok keadaan sekeliling, kawan-kawan ada yang cerai berai, buat hati aku rasa takut yang amat sangat. Kalau aku terkahwin dengan buaya darat macam mana laaahhh. Macam-macam aku fikir. Lagi satu, kenapa laaaaa diusia mcm aku ni (ok rahsia sahngat usia iols ni) memang stok-stok laki tua je yang berani nak kacau ek%%??!! Kalau yang muda baya aku pun, tunang orang pulak. Hmmm, aku cuma berharap aku tak kahwin dengan buaya jelahh. Buaya tolong masuk dalam zoo, jangat dekat aku eh.

Allah, jadikan aku wanita yang baik akhlaknya. Semoga aku ditemukan jodoh yang baik akhlaknya. Aminnnn.


Di sudut kamar hati kuuuu.....

Salam.


No comments: