Tuesday, August 5, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum.

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya pada kawan-kawan blogger dan kenalan yang mengenali diri ini.

Sebenarnya tak ada hati pon nak update blog, tapi tetiba dengar lagu cintan kat telinga sebelum tido, macam fefeeelinggggg sangat hokkeyyyy, pastu lalat sesat tetiba naik atas bilik aku ni pon kompius awat dia terbang tinggi nauuuu sampai ke bilik aku, walhal dalam bilik aku tak simpan makanan pon. Dengan baik hatinya aku pon bukak lah pintu bilik aku bagi dia keluaqqqq. Taknak pukuiii pasal tak ada pemukul lalat dalam bilik.

Raya ni memang awesome sebab akak2 aku dapat balik ontime sama-sama beb. Apa lagi keluar sesame jela keja kitorang. Bergosip pulakkk sampai pukui 4 pagi, sampai kena marah dengan bapak aku sbb kami tak reti-reti nak tido.

Cuma yang tak berapa nak awesome sebab orang yang biasa aku nantikan datang pada raya kedua biasanya tak ada. Lima tahun sebelum memang diaaaa je lah mukenyerrr. Sekarang ni, no one. Ntah lah, tetibe feeeling sedihhh sahngat bila ingat balik. Memang tak ada plan pon aku nak cari pengganti. Tak apa la. Aku bukan desperedo sangat nak berlaki. Biar lah ianya datang sendiri. Kang aku paksa-paksa buat suka, payah jugakkk.

Macam-macam jugak benda yang best masa raya ni. Antaranye ambik gambo kat studio. Yehuuu. Akak sulong aku belanje photoshooot setelah 4 tahun tak bergambar kat studio sekeluarga. Abang ipar tak cukup, sorang pi raya terengganu sebab adik ipar akak aku buat majlis kahwin. Cian dier tak dapat begambo same kami. Mihmihmih.

Gambar faveret :)

Part sedih masa raya tahun ni, aku tersangat feeling dengan tetamu yang datang beraya kat rumah. Tak nak lah mention siapa. Dok memperkecilkan aku ngan keluarga aku, memang kena lah balik laser dengan aku. Jangan ingat aku senyum-senyum tak boleh melaserrrr naa. Hambikk kau. Sampai sesi luahan perasaan kat fesbuk, walhal aku bukan jenis suka buat luahan perasaan kat fesbuk pun. Tapiii ni memang dah tahap baran aku dah naik kepalaaa. Memang harus dilepaskan. Lantakkk kau lah nak terasa ke idokkk.

Part mengejutkan masa raya, ada budak bawak kancil putih dok kalot sangat sampai langgar bumper keta. Dah lah time tu aku yang bawak. Dengan akak aku yang peknen 7bulan tu ada dalam keta tu, seram boleh takkkk. Dengan kes keta yang baru baik pulih selepas dilanggar sekawan lembuuu, dan ni pulokkkk budak langgar bumper. Fobiaaaaaa. Fobiaaa sungguhhh! Nasiblah kami tak ada pape, cuma calar sikit je bumper tu. Yang lawak tu, kami masuk jusco bukit indah lepas keta kena langgar, dia pun masuk jugak, last-last masa nak solat kat surau pun boleh jumpa mamat yang langgar keta kami tu. Adoiiii, tak jadi nak marahhh deqqqq. Ngko baikkk jugakkkk adoiyaaiiii. Terkekek kekek aku gelak ngan akak aku hahahaha. Sib baik stereng lock tak ada dalam keta, kalau tak, takut jugak kalau aku jadi kiki kamaruddin kerr kannn. Mihmihmih.

Yang penting, raya tahun ni awesome lah jugakkk walau pun single dan heartbreak sangat-sangat lepas nampak gambar tunang someone awal tahun ni. Rasa macam pinggan arcopal terhempas ke lantai sesangat. Tak apa lah. Asal kan uolss bahagia, iolsss pon ok.

Selamat Hari Rayaaaa uolsss. Maaf zahir batin. Byee.

No comments: