Friday, July 11, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Sekejap je dah hari ke 13 kita puasa. Selamat bersahur buat rakan-rakan. Semoga ramadhan ni, membuka hati aku untuk berubah menjadi lebih baik, lebih beriman, lebih menghormati orang lain.

Aku cuma manusia biasa yang tak lepas dari membuat dosa, kesilapan. Ku harap hati aku bertambah baik, tak mudah berburuk sangka pada orang lain. Aku tak tahu lah, kenapa hati ini mudah sangat nak menghakimi orang. Walaupun aku tak keluarkan apa yang aku rasa melalui mulut, tapi jauh di sudut hati ini terlalu mudah nak syak yang buruk buruk tentang orang sekeliling. Kadang-kadang tu dengan orang tak kenal pun aku sibuk bercakap buruk tentangnya. Misalnya gossip artis. Tak ada faedah pun aku bercakap pasal gossip artis, aku sendiri tak kenal, tapi masih nak ber gossip pasal artis tu. Aduhhhhaii.

Semoga hidup aku lebih positif selepas ini. Jauhi lah aku dari fikiran-fikiran yang negatif. Aminnn ya rabbal alamin.



Byeee.