Wednesday, May 14, 2014

Tak tahu nak letak title apa




Bila aku baca balik post aku yang lama pasal cerita cinta, rasa macam sedih sangat. Lagi-lagi pasal resepi shushi aku tu. Aku buat khas time gi dating dulu.

Ntah lah, bila difikirkan balik, terlalu banyak cerita yang aku reka-reka, buat-buat sebab aku jemu la. Aku penat menunggu. Dalam masa 5 tahun, aku setia orangnya, aku bukan jenis kaki layan jantan. Calon suami yang sama aku bawa balik ke rumah tunjuk mak abah selama 5 tahun. Aku tunggu masa dia nak serius, tapi tak serius jugak. Cakap je nak serius tapi tak tunjuk pun, tak bagi aku even cincin tanda pun. Percintaan baru dia, sekejap je dah bawa dia ke alam serius. Tak apa lah. Aku redha. Maksudnya bukan jodoh aku dengan dia kannn.

Aku dah jadi perempuan terperap kat rumah je. Kalau keluar pun banyak dengan family je. Tak ada da cintan cintun nak rakk bagai dulu. Rasa boring jugak tak ada bf nak menggedik macam dulu. Bila single ni ada lah masa sikit aku nak menggedik dengan diri sendiri. Pakai masker, belek muka, belek badan. Umur meningkat, kedut meningkat phewwwwww.

Macam-macam kerja aku buat, bila difikirkan balik, tak ada kena mengena dengan kos akaun pun, tapi kerja jelahhhh. Asal boleh makan, minum, bagi mak abah duit sudaaaaa. Yang penting aku tak menyusahkan orang. Tak pinjam duit orang. Tak pinjam duit mak abah. Semua duit sendiri sejak zaman belajar kat universiti dulu.

Sebenarnya aku rasa fobia nak kawin. Betul ke kawin ni best? Ataupun best masa awal-awal je. Lepastu penuh tragis. Misery. Scary. Main kayu tiga, kayu empat pun bolehhh. Susah kan nak jumpa calon suami berkualiti zaman sekarang? Ada yang baik, tapi sengkek, asik pinjam duit perempuan aje. Ada yang kaya, tapi tak setia, ramai perempuan. Ada yang kaya, baik, tapi kedekut taik idung masin pulakk. Ada yang setia, tapi barannn keje nak pukul bini aje.

Apa nak buat. Isteri kena ikut cakap suami walaupun suami perangai macam firaun. Life is likeee thatttttttttt.

Aku memang suka merepek pagi-pagi camni.


Deyyyyyy.

7 comments:

Nys Anis said...

hmm . no komen about marriage. entah laa . dunia perkahwinan mesti banyak pancaroba kan .

our routine is nearly the same .
terperap and duduk dgn family je. hehe
but i already feel adequate. gpon baru umo 20 ..insyallah :D

Naniey Jemiey said...

hehehe..nobody perfect... ada lemah dan kurangnya... memang susah nak cari calon suami macam hero drama melayu... hensem..baik..kaya...!!! hope dapat jodoh yang terbaik yaaa nanti...

Cik Suheela said...

Nys Anis: awak baru 20. huhu muda lagi uolsss. iolsss umur dah banyak. tak apa la. sy hepi juga dgn hidup skrg walau sedikit kecewa kadang-kadang. life is like that huhuhu.

Cik Suheela said...

Naniey Jemiey: Aminnnnn. mudah-mudahan adalah jodoh yang baik dan hensem mcm dlm drama tu huhuhu.

Khamsi Abdullah said...

Haah, merepek di pagi hari memang chantek perangai. heheh..kidding. Tak payah nak pusing, ada orang ajak kawen, kawen je...tapi jangan la cari y azab sangat kot ye pon. Macam aku, 8 tahun setengah membazir masa dengan bajet setia..melepas jugak. Last2, jumpa sorang aku ajak kawen.. insyaAllah next year kawen la. Jangan takut, masing2 kalau dah ada ilmu insyaAllah terjaga. Solat jangan tinggal la y penting.

Cik Suheela said...

khamsi: yeke..aku ni kalau org suka aku, aku tak suka pulak orang tu..apa nak buat..kalau aku suka kat orang tu, tup2 laki orang pulak, xboleh xbolehhhh..hazabedahhhhh betol..hahahaha..

Khamsi Abdullah said...

Alamak, ko ni pon satu la.. lain kali kalau agak nak suka kat laki tu bawak2 la cek jari die paling komon sens pon.. Takpun buat-buat sengau n tanya die dah berpunya ke belum. BIasa mujarab dua cara ni. try taw