Monday, May 26, 2014

Produk-produk terbaik dihatiku

Assalamualaikum.

Harini rajin nak review produk yang aku rasa paling best di alam semesta. Bertahan lama di hati aku, stick sampai bila-bila aku habaqq hang kui3.


1. Sabun herba natasya. Yang ni aku dah pakai lama gila. Dah hampir 8 tahun aku setia dengan sabun herba natasya ni. Starting abis sekolah time tu 2006. Sekarang dah 2014. Haaa lama gilerrr kan. Penah gegatal sangat nak tukar, tapi tak serasi, last-last sabun herba natasya ni jugak aku sebat pakai balik. Masa beli tahun 2006, harga dia rm14 je. Sejak 2011 kut, tokey dia kata dok letak collagen la dalam sabun tu, so naik lah harga sabun tu jadi rm15.90. Phewwww setia jugak aku membelinya. Terbaikkk, kulit memang bersih abis, jerawat segan nak hinggap.

2. Jamu pil binari. Haaahaaa, aku baru makan botol kedua. Nak kata setia tu tak lah. Semenjak kerja tnb dulu dah memiang nak masuk toko jamu. Orang kata makan jamu ni bagus. So, kiter pun gatai la nak cuba. Kolagen pon aku telan jugakkkk. Apa benda je yang aku tak telan kannnn? Yang bestnya, senggugut tak ada dah time period dan cycle period tak akan lari, selalu nya tetap 28-35 hari jugak. Anak dara yang jinak-jinak nak berjamu boleh lah try pil binari ni.

3. Rohto eye drop. Yang ni aku baru beli. Lebih kurang eye mo jugak. Tapi yang lain nya, best untuk orang-orang macam aku, pemakai contact lense yang keras. Boleh titik eye mo ini bila contact lense ada kat mata. Rasa-rasa kering tak selesa je mata, titik laaa. Segarrrr teruihh.

4. Toner eskinol. Dah pakai sejak 2012. Aku pilih yang papaya sebab nya boleh memutihkan kulit. Biasala aku obsesss nak putih walaupun dah putih hahahaha. Yang bestnya toner ni dia banyak, pakai rasa sejuk je, bau harummm macam betik muda kikiki. Lagiii best sebab aku boleh guna jugak untuk putihkan bahagian-bahagian badan yang gelap seperti ketiak, kelengkang, lutut dan belakang leher. Putihhh wa cakap lu. Tak tipuuu, cuma kena rajin la tenyehh.

5. BB cream cap ginvera. sebelum ni aku penah buat entry pasal bb cream. Aku pakai bb cream cap sunplay sebelum ni. Aku cari lat 2 tahun lepas kat kedai, dah tak ada lagiii. Maybe sunplay dah tak produce bb cream tu kut. So, aku try la bb cream ginvera ni, dah 4 botol guna. Baikkk, mekap smooth je. Kalau tak pakai bedak, sapu je bb cream ni pun dah cukup flawless dah kulit uolsss. Kesannya mabelesss gituu.

6. Natasya night cream. Pehhh yang ni toksah citer, dah 8 tahun mak jemah memakainya. Ko tahu kenapa tak stop, sebab kalau stop keluaqqq bintik-bintik merah seakan ruam kat muka. Pelikkk hakkuuu. Yang ni tak leh pakai tiap-tiap malam, aku pakai seminggu 3 kali je. Sebab menipiskan kulit. So far, aku interview kakak-kakak kedai jamu, krim ni memang banyak tokey kosmetik rebrand balik. Moon krim dnars tu pun sebenarnya krim malam natasya jugak. Night cream secret of beauty pun krim yang sama macam ni. Aku survey kuantiti dengan harga sekali, moon krim dnars lebih murah. Abeh nihh, aku beli dnars pulokk lah. Krim ni terbaikk dari segi mengecutkan jerawat dalam masa satu hari je. Kalau takde krim ni aku rasa macam tak boleh tido malam haaahaaa.

Sekian cerita dari mak jemahhh tudung merah.
Apa pula produk kegemaran korang? Heeee.


Yayyy, perfume collection dah banyak. Faveret sekarang issey miyake kot. Sebab bau macam elegant. Bau seorang bosss. Bolehh gituu.

Byeee.



5 comments:

Naniey Jemiey said...

byk nye perfume..hehe

Cik Suheela said...

jadi hobi baru pulak yangg heeeee

Anonymous said...

Kat mane nk dpt bb cream ginvera tu?

Anonymous said...

Kat mane nk dpt bb cream ginvera tu?

wawa yusof said...

Kt mana beli eskinol tu yer