Thursday, May 15, 2014

Khamis yang suci


sometimes, you miss the memories, not the person.

Alhamdulillah, hati aku yang remuk ni ada pengubatnya. Family, kawan-kawan yang gila, memang pengubat hati yang lara. Kalau tak ada uolsss, maka sesi luahan hati ini tidak tahu kemana ingin diluahkan. Mak yang dulu menangis sebab aku heartbreak. Cuba uols bayangkan, aku yang putus dengan bf, mak aku yang nangis beriya-iya sampai call bagitahu kat akak-akak aku semua. Ya allah, time tu tuhan je yang tahu, meleleh-leleh air mata aku tiap-tiap malam. Aku tak menangis pun mula-mula. Bila nampak mak menangis, memang tak boleh. Apa lagiii, aku pun nangis sama laaa. Sebab mak memang dah aim aku mesti kawin dengan dia. Dia tu dah macam family kitorang, memang rapat sangat. Ntah tak tahu angin puting beliung mana tah yang melanda, masa tu aku rasa memang dah tak boleh nak selamatkan dah. Tu lah orang kata bercinta tak boleh lama-lama. Tak apa lah. Redha lahh su. Bak kata member-member aku, mesti ada yang lebih baik untuk kau. Walaupun aku tahu aku tak lahh baik manaaa.

Dulu time aku tak single, aku memang lembik. Nak pergi mana-mana, abah hantar, takpun bf hantar kan. Semenjak dua menjak single mmg langkah laju je, pergi training kat bandar bapak aku offer hantarkan pun aku cakap tak payah, aku pegi sendiri. Ambik stok ubat kat HQ pun dengan confident nye pergi sendiri walaupun aku tak berapa tahu jalan kat bandar, tapi aku taram jugak drive. Balik keja singgah jusco sorang-sorang window shopping, sambil jalan buat-buat tengok handphone, padahalll hellloooo siapa nak message akuu??!! Pergi KL rasa hepi sebab boleh drive dari rumah akak aku pergi sunway pyramid, satu kemajuan buat diri aku hahahaha. Rasa ada kemajuan sikit la semenjak bergelar "janda" ni hahaha.

Kesimpulannya, apa pun dalam hidup kita ni, jangan expect 100%. Kalau ko expect 100% bila tak kecapinya pasti ko kecewa. Kecewa tahap dewa wa cakap lu. Menangis sepanjang malam air mata berdarah pun tak guna. Perjalanan hidup masih panjang. Banyak lagi yang belum aku belajar tentang hakikat hidup ini. Kannnnnnn. Chewahhhh ayat macam bagusssss.

Bajet suci pulakkkk.


No comments: