Friday, May 16, 2014

Cara terbaik untuk tanggal bulu atas bibir

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak buat review produk. Malam ni terajin pulak nak review produk untuk tanggal bulu. Aku memang terlebih rajinnnn sikit melabur untuk diri, beli produk. Pantang ada yang baru mesti nak try.

Untuk korang yang nak tanggal bulu atas bibir ni, elok guna wax. Paling jimat, selamat dan harga berpatutan. Macam aku memang tak ada misai lebat punnnn hahaha tapi saja nak buang bulu halus atas bibir ni, takde bulu baru muka kalau pakai bedak nampak halus, nampak kemas je. So far aku guna veet ni dah bertahun-tahun, ok la pada kulit aku, tak ada side effect.


Aku saja nak try brand baru yang body natur tu. Pada aku, veet wax strips lebih powerful. Lebih banyak bulu boleh tanggal berbanding body natur. Mungkin body natur ni lebih kepada natural, so wax dia mcm tak kuat sangat la. Harga aku tak ingat la pulak. Tapi boleh dapatkan di farmasi guardian atau pun watson.

Cara pakai macam biasa, make sure muka bersih dari sebarang mekap dulu dan kering ye kawan-kawan. Lepastu gosok-gosok wax strip guna tapak tangan kejap kasi panas, koyak dan tampal kat atas mulut. Then, tarik la sekuat hati korang. Buat banyak kali pun boleh. Tapi lepas buat buang la, jangan simpan pulak. Lepas buat lap pakai tisu yang dia include sekali dalam kotak. Tisu tu macam berminyak. Kalau tisu tu dah kering, korang boleh guna baby oil untuk ilangkan kesan wax tu. Pastikan bersih dari wax, kalau tak nanti gatal-gatal kulit uolssss.

Ok, demikian la cara nak guna wax. Rasanya ramai dah tahu kotttt. Saja nak share dengan korang yang masih belum tahu. Wax strips ni juga boleh digunakan untuk tanggal bulu ketiak, bulu di bikiniline dan juga bulu kaki ye uolssss. Tapi bulu kaki lelaki tak bolehhhh la ye ekekekeke.

Yeayyyy. Hidup bebas tanpa buluuuu ekekeke.

Niteeeee. Bammmmm lenyekkk katil.



No comments: