Tuesday, January 7, 2014

Tips mengurangkan minyak dimuka

Assalamualaikum.

Harini ada beberapa tips yang nak diberikan untuk korang yang bermasalah wajah berminyak. Elok guna pakai tips ni. Sebabnya aku punya kulit muka pun jenis berminyak. Kalau nak memastikan wajah kita kekal elok mekapnya dan tidak terlalu berminyak sehingga ke petang, sila pastikan dalam handbag korang kena ada beberapa barang tersebut:

1. Kertas kedap minyak
- Boleh digunakan 2 hingga 3 helai sehari. Beli cap clean & clear boleh. Kalau aku, aku guna cap hape tahhh. Aku beli dekat Daiso, kedai rm5 tu. Kertas kedap minyak kat Daiso nipis berbanding clean & clear punya. Tapi pada aku sama je. Yang penting boleh kedap minyak-minyak berlebihan kat muka aku nihh. Yang bestnya kertas kedap minyak cap daiso ni ada 250 keping dan harganya rm5 je. Gilaaa murahh kannn??


Yang kiri tu kertas kedap minyak daiso. Segan nak tayang sini sebab kotak tu dah buruk sebab aku dah pakai berbulan lamanya tak habis-habis uolss.

Kertas minyak ni nipis sikikkkk.

2. Face Mist
- Face mist ni macam-macam jenama ada. Yang aku pakai cap daiso je. Yang ada kolagen. Sila sembur di muka korang setelah korang kedap-kedap minyak berlebihan kat muka korang. Biarkan kering seketika tapi jangan kering sangat. Lepastu ambil 2 way cake powder, korang dapdap balik untuk touch up. Face mist ni sebenarnya boleh buat sendiri tau. Nanti lah, ada masa aku tulis pasal DIY face mist pulak ye. Disebabkan kulit aku ni jenis berminyak sangat, jadi aku cuma pakai 2 waycake je pi opis. Eyeliner, maskara, celak kening, blusher dan sedikit lipbalm. Itu jelah yang sempat aku pakai bila pi opis. 


Collagen face mist cap daiso jer.

3. Minum air suam secukupnya
- Jangan lupa minum air secukupnya. Kalau aku, letak je stok air mineral botol besar dalam kereta siap-siap sebab opis tahap kedekut kot. Kadang-kadang tong air dah habis pon lambat nak ganti. Tension makkkk. Minum air suam boleh mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi. So, wajah tak terlalu kering dan tak terlalu berminyak.


Selamat Mencuba uolsssss.

5 comments:

Anonymous said...

Bedak ape yang sesuai untuk muka berminyak n selalu berpanas?

Khamsi Abdullah said...

tetiba teringat bawak adik, bini dia dan adik bini dia gi borong barang kat Daiso mid valley hari tu. Sebakul baq ang dorang borong. Gigih memikul barang...memang murah katanya..hampir seme barang RM5. Ngan garam badan la, masker la tah apa tah lagi dorang borong. Aku? gigih dukung anak sedara y seberat 12 kilo setengah.

Cik Suheela said...

anonymous: ce try bedak maybeline yg baru tu..sesuai kot..sbb kte pon pakai tu..best..

Cik Suheela said...

khamsi: murah tu utk barang besar la..yang kecik2 tak berbaloi juga kalau ambik heeeee bagus2 pakcik dukong anak sedara..

Khamsi Abdullah said...

Anon: Bedak sejuk memang mujarab..siyes sumpah lahum tak tipu.

Cik Sal: Memang pon.. botol besar betis harga rm5, gam 25ml pon rm5. Mana keadilan wahai umattttt