Sunday, December 29, 2013

Selamat datang 2014



Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik tup tup lagi 2 hari je nak 2014. Semoga tahun baru ini rezeki aku bertambah baik. Banyak betul kisah duka aku tahun 2013. Macam-macam benda berlaku. Aku berharap perjalanan cerita pahit tahun 2013 jadi pengajaran untuk aku tidak mengulangi nya. Yang baik aku harap dapat teruskan untuk tahun akan datang.

Cakap pasal jodoh, aku cuma teruskan doa. Kebahagiaan mesti jadi milik aku satu hari nanti bila aku berumah tangga. Ewahhh. Maklumlah, usia meningkat, tulis ayat dalam blog pun macam gaya orang dewasa kuangkuangkuang. Bercinta bagai nak rakkkk tapi putus di tengah jalan, memang takde jodoh, dugaan datang tanpa diduga. Aku simpulkan yang aku memang takde jodoh dengan dia. Tu je. What goes around comes around. Kalau rasa lain tak macaammmm dulu sekalipun, life must go on. Aku kena teruskan hidup. Move on. Hati dan perasaan memang tak boleh dipaksa. Makin dipaksa makin membenci. Tak pe lah kalau aku tak kawen pun, atau pun kawen lambat sekalipun. Tak mati pun kalau tak kawin. Kena teruskan bekerja keras cari duit dan kumpul harta cepat-cepat. Gittuuu cik senah.

Hari rabu ni anak sedara aku fathur dah masuk tadika. Tapi dalam hati aku jadi risau sangat-sangat. Hemmmm. Tahu ke dia nak cebok sendiri lepas buang air huhuhu. Semalam sibuk lah aku tolong cari kasut sekolah untuk dia. Punya lah susah sebab dah lama aku tak beli kasut sekolah. Nak cari saiz kaki si Fathur ni pun susah, kaki kecik sangat. Kasut yang kami berkenan semuanya tak ada saiz. Last-last beli jugak satu kasut sekolah. Tapi cap hape tah, grampion kot. Grampion pun grampion lah dikkk, asal kau pegi sekolah ye dikk haha.

Dah beso dah anak sedara aku ni. Hensemmmm.

Sekian dari aku. Semoga tahun ni banyak lah update yang boleh aku tulis.
Salam.

No comments: