Sunday, November 25, 2012

Padah kutuk bos difacebook

Assalamualaikum.


HAHA yang ni betul-betul sengal.
Gambar ehsan dari blog mr namie.

Ni lah antara padahnya kutuk bos di facebook. Tak kesah lah bos kau ke, penyelia ke. Nama pun jawatan tinggi dari kau. Silap-silap benda ni boleh buat korang hilang keje.

Sebenarnya saja aku nak cerita akibatnya mengutuk bos korang kat fb sebab kat pejabat aku dah jadi satu kes. Kantoiii. Bos sendiri yang baca. Memang syok laaa. Sebab kawan opis aku bukan setakat kutuk bos je, dengan aku aku sekali dia kutuk. Kawwww-kawww punya. 

Kalau tengok depan-depan, aku memang serius tak tahu yang diorang kutuk aku. Mulut kemain manisss. Sampai lah satu hari aku dengar dia cakap macam sindir-sindir. Aku bukannya tuli, aku pun boleh pick up kot.

Lepas dah kantoi, sibuk lah minahh tu nak cari kumbang hitam, sapa yang report kat bos pasal dorang kutuk bos kat facebook. Yang sengalnya, facebook kau buat public, bukan pasal sape sape bagitahu, tapi masalahnya, tak ada sape bagitahu pun, kau dah bagitahu satu duniaaaa kot?? Ye tak kawan-kawan??

Aku bukan hape laaa, maybe kadang-kadang kita nak kutuk bos gatal lah, bos pilih kasih lah, tapiiii tak sepatutnya kita reveal kat facebook. Walaupun kita tak sebut nama bos, tapi bos baca pun boleh agak kot. Laaagiiii nayaaa bila korang bagi gelaran kat bos koranggg. Memang kena tindakan tata tertib lah korang.

Kepada lelaki-lelaki single kat luar sana, nasihat saya, janganlah korang cari calon isteri yang suka mengumpat. Sebab nanti perangai dia akan terbawak-bawak sampai dah beranak pinak. Anak kat rumah merengek lapar, tup-tup bini hilang pegi rumah jiran sebelah tengah bergosip. Haissshhh.

Bye korangg.

2 comments:

kyo_9 said...

huhu..
camne la nak tau bakal isteri kuat mengumpat ke x kalau yg pompuan pon x tau dia diumpat.. huhu~

btw, yg sengal sangat g add boss sendiri kt fb gapo nyer?

Cik Suheela said...

kena tgok cara perempuan tu bergaul..kalau jenis yg suka bergosip, padah lah masa depan korang wahai sang suami muahahahaha..

mslhnya dia tak add pun bos, tapi bos yg view fb pekerja2..sajaaaa katanya..jgn men2..bos pun pandai korek cerita bebbbb..hewhew..