Saturday, April 21, 2012

Resepi: Mushroom penne

Assalamualaikum.


Kesian kat followers belog aku ni. Balik2 gambo je yang aku tayang kat korang, tulisnya idakk. Pastu letak gambar makanan banyak-banyak, tapi tak bagi resepi pon kan kan kan? Sobsobs. Ok lah, harini terpanggil pulak nak kongsi resepi ni secara auto publish, jangan tertipu, ini entry autopublish. Ehhe.


Ini rupa mushroom penne. Tapi yang ni aku guna yang dah siap dalam botoi punya. La ni, aku nak tunjuk hang cara wat kuah dia sendiri.

Untuk makluman semua, aku bukan lah kaki dapur, maksudnya disini, aku bukan lah pakar bab masak memasak. Dapur bukan tempat faveret aku. Tapiiii, bilik tidur adalah tempat kegemaran aku. Tempat pertama ok. Ahhaaaahaaa.


Macam bilik pengantin kan bilik aku ni hahaha. Tido sorang lagi beb. Eden tak hado member ship.


Resepi Mushroom Penne Ikut suka hati aku je kan ubahsuai (kuah mushroom bukan dari dalam tin, ni buatan sendiri)


Bahan-bahannya:
Penne dalam 3 genggam
1 ulas bawang putih (diketuk-ketuk)
1 tin susu cair
Cendawan butang (Dalam tin ataupun yang fresh dari paso) - Potong kecil-kecil
Sedikit lada sulah (ikut suka hang nak pedas lagu mana)
Sesudu marjerin/butter
2 keping keju cheddar
4 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)
2 sudu besar mayonis

Cara-caranya:
Panaskan periuk, masukkan marjerin (better guna merjerin, kalau butter ada bauuu). Masuk kan seulas bawang putih yang dah diketuk. Dah naik bau, teruih masuk susu cair. Pastu masuk candawan butang (Kalau nak guna dalam tin, aku tuang semua jaa). Masukkan 2 keping keju cheddar yang telah diCerai ceraikan. Pastu letak tepung jagung yang dah bancuh dengan air. Letak  lada sulah. Letak mayonis (pastikan cap ladies choice sebab paling sedap hihi). Tunggu 10 minit, leh tutup api dah.

Jangan lupa rebus penne pula. Penne ni keraih sikit, aku rebuihh nak bagi dia betui-betui lembut kena tunggu 30 minit. Lamaaa tu.

Ni rupa kuahnya bila dah siap.


Dah tu, gaul sama dia. Siap dah. Selamat mencuba.

2 comments:

sya hassan said...

glurpp.. nmpak sedap! nak try la.. tenks for da recipe.. ^^

meriline ann said...

cantiknya bilik tidur kamu ...