Saturday, April 28, 2012

Derma


Kenapa ada orang bila sebelum menderma kat budak-budak, dia nak bebel dulu? Perlu ke nak bebel baru nak derma? Kalau nak menderma dengan ikhlas, tak perlu bebel pastu baru nak hulur duit. Tahu tak perasaan orang yang mintak derma tu macam mana? Kalau tak nak bagi, jangan bebel dekat orang yang meminta tu. Sedihla. Bila ada budak kecik mintak derma kat kedai makan, kita buat bodoh je kunyah satey. Kite kemain sedap lagi makan kan?? Yang budak tu, terliur tengok kau makan. Meskipun benda tu kadang-kadang orang kata sindiket, tapi uolss tahu tak yang budak-budak tu dipaksa? Ingat budak kecik macam tu nak ke buat keje meminta sedekah. Pada pendapat aku, bagi je derma kat orang. Dia tipu ke, dia tak tipu ke, tu hal dia lah, dosa dia menipu kita. Yang penting hulur mesti ikhlas. Walaupun derma takat sengget je.


Memang aku tak kaya, tak ada duit berkepuk kepuk, tak naik kereta mewah, tapi pada pendapat aku, lagi banyak kita hulur kepada insan yang memerlukan, lagi banyak rezeki yang akan masuk. Aku memang tak boleh tengok orang susah. Sedih kot. Korang takkan tak rasa kot?


Pernah satu hari, tangah makan nasi goreng tomyam dengan akak aku kat damansara, tetibe ternampak seorang atok masuk kedai tu dengan beg lusuh, baju lusuh. Order teh o panas. Kitorang berdua memang tengok je kat atok tu. Atok tu macam baru balik keje. Lepas abes minum teh o, kite nampak dia kuar kan duit syiling dari poket dia. Macam tengah kira, nak bayar teh o tu cukup ke tak. Sedih gila ok. Rasa macam nak menitis air mata. Akak aku kata macam nak bangun je, nak bayarkan teh o panas atok tu. Tapi ramai orang kat kedai tu, malu pulak. Nanti orang kata, minah dua orang tu bajet bagus nak tolong atok tu bayar teh o panas. Huhu. Jadi, kitorang sambung makan nasi goreng tomyam tu balik kui3.


Budak-budak tahfiz yang mintak derma tu, korang takyah lah nak tanya dia tahfiz mana, nak soal siasat bagaiiii. Kalau taknak beli balsem dan kalendar yang dia jual, hulur je rm1 ke rm5 ke. Ni tak, ada yang soal siasat macam edisi siasat tuuu. Tak perlu. Nak derma, bagi. Kalau taknak, lu cakap elok-elok kat adik tu "takpe dik". Kan senang??


Aku tak faham dengan manusia sekarang ni. Jangan angkuh. Taknak derma, guna lah bahasa yang baik. Jangan marah peminta sedekah tu. Meski dia menipu jadi miskin ke, tu hal dia dengan Allah. Jangan berkasar. Itu "kalau" dia tipu. "Kalau" dia tak tipu, memang "betul" dia susah? Tak ke korang yang dah tengking-tengking dia tadi, dah dapat sejelopok dosa jatuh atas dahi korang. Hamek kau. 


Biar tak kaya harta, tapi kaya budi pekerti.