Wednesday, December 28, 2011

Nak tegur tapi cara salah. Entry khas untuk para lelaki.

Kenapa ada manusia yang suka menegur tapi tak reti nak tegur cara berkhemah? Sedih tau. Masalahnya yang jadi mangsa begini selalunya perempuan. Kebanyakan lelaki suka letak gambar perempuan pakai baju ketat, tudung pendek, lepastu sebarkan di internet, cakap perempuan tu tak tutup aurat dengan sempurna lah. Tak baik kan?? Kalau nak tegur boleh, pergi lah private message perempuan tu, cakap kat dia terus terang. Bukan apa, i sedih tau. Perempuan diperlaku kan sedemikian rupa. Pernah tak perempuan sebarkan gambar lelaki pakai baju ketat, seluar ketat kat internet? Tak pernah ada pun kan? Walhal lelaki pon sama jugak. Kena pakai yang longgar-longgar. Kalau pakai ketat-ketat nanti tersembul keluar benda yang tak patut ditunjukkan di khalayak ramai, DOSA jugak kan?? So kesimpulannya, nak tegur bercara lah. Tegurlah adik-adik perempuan you dulu ke kan. Ok bye. Stressss i.