Tuesday, December 13, 2011

Foundation VS BB Cream

Assalamualaikum.


Korang suka pakai foundation apa?? Sebenarnya i tak pakai foundation pun. I pakai BB cream. Dulu-dulu masa zaman matrikulasi, i hentam pakai foundation cap silky girl. Tapi semenjak bb cream dah popular, jadi i pun pakai la bb cream.


Beza sangat bb cream dengan foundation. Kalau foundation terlampau pekat. Kalau bb cream tak pekat sangat. Rasa ringan je, rasa macam tak pakai pape kat muka. Kalau uols pakai foundation, ia akan nampak macam mekap tebal sikit, walhal tak pun. Nak dijadikan cerita, memang banyak la benefit bb cream ni. Uols google je pasal bb cream ni, memang berderet le pekdah memakai bb cream ni.


I terasa nak kongsi produk bb cream yang i pernah guna.



No 1: Ni bb cream cap silky girl. Cap murahan je i beli. So far, ok kot. I pakai masa zaman praktikal dulu. Cair sikit. Tapi, sapuan bb cream ni telah membuat kan ramai makcik-makcik tegur muka aku licin bebenor. Walhal, bb cream punya kerja kih3.

No 2: BB cream cap sunplay. Yang ni pekat sikit dari silky girl. Lebih elok la. Tahan lama. Kalau berpeluh pun muka tak bercapuk langsung, cuma berminyak sikit untuk orang yang kulit berminyak macam i.

No 3: Yang ni cap garnier. Baru je beli. Baru pakai 2 kali. Tapi cam hampehhhhh je. I beli sebab ingat muka boleh jadi cun macam lisa surihani HAHAHA. Cair sangat-sangat bb cream ni. Dan bau bb cream ni macam bau water colour tau tak??? Busukkk. Rasa macam sapu water colour kat muka.

No 4: Ini naturactor. Yang ni i tak pakai selalu. Cuma pakai time p kenduri kawin. Sebabnya, kalau pakai naturactor ni, muka nampak macam patung. Tak semulajadi. So far, pakai ni, muka uols akan meletopssss. Macam pengantin wa cakap lu.

No 5: Untuk mereka yang kulit berminyak, i syorkan, pakai bedak angelfit. Memang sangat bagus. Kalau berpeluh pun masih tak bercapuk. Dan kalau uolss pakai bedak ni, tak nampak pun macam pakai bedak. Tolonglah percayaaaa. 

Ok, tu jelah bb cream & bedak yg i pernah cuba. I beli yang murah-murah je. Cap ayam serama. Asalkan nampak elok dimuka i, ok lah kan. I tak mampu nak beli cap bobbi brown ke, MAC ke. Uolss pula bagaimana??? Ada tak bb cream ke, bedak yang best untuk kongsi?? Bagitau lah, leh i try nanti :)

4 comments:

Cikpuan rara said...

rara pakai gak bb maybelline mula2 dulu,but xbest.pakai krim safi jugak lg best.hehehe

Cik Suheela said...

oo..tp kite pakai safi dulu berminyak2 muka hihi..mybe tak seswai kot hee..

Girl In A Pink Socks said...

betul tu...tried safi before n breakout sket...hehehe...naik pimples...sbb kulit i jenis sensitif...so far dok pakai korean product...sgt sesuai...xpenah lg try bb cream...tu yg dok review2 psl bb cream ni...would definitely try after this..now pakai foundation from skinfood..flawless...

mas yana said...

Thx for review... byk benefitnye dapat membezekan cmni..