Monday, November 14, 2011

Tips jaga alat-alat mekap dengan baik

Assalamualaikum.


Lama rasanya tak membebel mengenai kecantikan. Hihi. Haritu i ade baca pasal penjagaan alat-alat mekap dengan sebaik mungkin. Ok, mai tengok sini tips-tipsnya.


Barang mekap kepunyaan ku.


1. Simpan alat mekap kat tempat selamat. Jangan letak merata-rata, nanti adik-adik kita curi buat conteng muka pulaaaa :p


2. Barang-barang mekap jangan disimpan lebih daripada setahun. Kalau dah lebih dari setahun, buang aje la, lagi-lagi bedak koranggg, stok lama buat rosak kulit je tauuu.


3. Semua berus mekap dan span mekap hendaklah dibasuh selalu, sekurang kurangnya seminggu sekali. Ni untuk mereka yang kerap guna la, kalau tak basuh nanti kotor span uolsss dan berkuman. Kuman boleh mnyebabkan kulit kita bermasalah. So, buat-buat lah basuh ye :p


4. Jangan pakai eyeliner jenis pensil yang tumpul, sebab ia akan mencederakan mata uolsss. Jadi, pastikan eyeliner jenis pensil korang tak terlalu tajam atau tumpul. Tajam pun bahaya jugak. So, yang sedang-sedang saja yaaa.


5. Kalau eyeliner korang jenis cecair, uolsss disarankan tutup bekasnya rapat-rapat sebab kalau terdedah nanti senang masuk bakteria dan ini akan merosakkan mata kalau ia disapu pada mata. Haaaa, takut idaakkk??


Tu diaaa. Bermacam-macam jenis eyeliner ada.


6. Jangan simpan barang mekap korang kat tempat terlalu panas atau terlalu lembap, tak elok, senang bakteria nak membiak dalam tu.


7. Diingat kan, jangan KONGSI alat mekap. Kalau nak kongsi, pastikan, guna span dan berus berasingan. Ini untuk memastikan jangka hayat kosmetik korang lebih lama. Kalau kongsi-kongsi takut bakteria senang membiak.


So, setakat tu jelah. Yang lain uols boleh cari sendiri. Semoga info i bagi ni, berguna untuk uols hee :)

p/s: Untuk sesape yang ade email i pasal masker labu tu, i'm sorry. I mmg tak boleh nak carikan untuk uolss. Tak boleh beli secara bulk lerr kui3. Korang try lah buat manually ea hee.

4 comments:

Ct Kamila said...

ececece..

hehe.



btw..make up golden eye tu cantik..

:P

Cik Suheela said...

haha tima kasih you..hik2.. ;p

NurIzza said...

canteknyer dia~~~

Cik Suheela said...

zatul lagiii cantik~~