Tuesday, August 9, 2011

Salam ramadhan semua. Selamat berpuasa hari ke 9 :)

Assalamualaikum.


Selamat menyambut ramadhan. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas-lepas. Dah masuk hari ke 9 baru nak ucap selamat berpuasa ye. Bukan apa, malas gila aku nak on laptop, kalo on je laptop, kompem, satu keje hape pun tak akan jadi. Sekarang jam dah pukul 2 pagi, masih tak boleh tido,kat telinga berkumandang lagu raya M.nasir salam dunia lagi ni haaa. Maklum lah penanam anggur memang begini, dah biasa sangat tido lewat malam kan. Korang tanya je rancangan tv ape kat tv tengah-tengah malam ni, kompem aku boleh bgitahu. Mana tak nya, sofa empuk kat ruang tamu ni dah memang jadi macam tilam aku dah waktu malam. Kahkahkah, syiokkkk tido depan tv wa cakap lu.


Aku plan nak keje lepas raya je. Sebab nya, bapak aku yang suruh, dia suh aku jaga anak buah aku. Dia kata, "ko nak koje time pose ni nanti penat, nanti tak biasa". Jadi, bila aku pikir2 balik, betui jugak bapak aku cakap. Selagi duit masih belanje bapak bagi, aku layannn jelah duk umah ni jadi bibik kepada anak buah aku (paksa rela je) kuikuikui.


Macam mana dengan ramadhan? Ada baik ke? Bulan ramadhan ni lah sesuai nak buat amal ibadah banyak-banyak. Bulan ni segala amalan baik, pahala digandakan. Oleh itu, marilah kita semua beramal ibadah. Solat terawih (kalo perempuan tak p masjid pun takpe, wat terawih kat rumah ye), baca quran banyak-banyak dan solat hajat :)


Pejam celik pejam celik dah masuk hari kesembilan dah kita puasa. Sikit lagi mahu raye. Baju raye dah beli belom? Me, tak beli lagi lah uolssss. Tapi kasut raya dah ada, kakak i yang baik hati dah belanja i sepasang kasuh. Maklumlah, dia kena sara adik dia ni yang masih tak berkerja lagi ni. So, means tahun ni i masih dapat lagi duit raya ye kawan-kawan :p


Kasik mood raye sikit, ni gambo raye tahun lepas, berpunjabi wuuu.

Raya kedua berjubah. Baju kurung lupa nak beli (tipu). Hiks.

Salam ramadhan :)

6 comments:

yaya | mohd said...

gebunye kulit suheela ni :)
slm rmdhan :)

Cik Suheela said...

tak lah yaya, muka kita muka produk buatan mlsia hehehe

slm ramadahan gak yaya :)

CIK PARO! said...

samalah kita penanam anggur yg berjaya..

Cik Suheela said...

yeah..gimme 5 :p

atie aizam said...

comel.. Selamat hari raya opsss!! :D

Cik Suheela said...

opsss..belum lagi laaa heehee :p