Wednesday, July 13, 2011

Detox Foot patch yang bagus

Korang penah pakai detox foot patch tak? Ala yang bentuk dia cam teh uncang tu, tapi dia takde uncang lah. Bau dia agak busuk sikit lah, sebab macam ada bau herba-herba sikit. 


Saya memang suka pakai produk-produk kesihatan ni. Lagi-lagi produk buatan jepun ni, bagus. Tak tahu lah pada korang, tapi pada saya produk jepun ni bagus. Nak dijadikan cerita, semalam sebelum tido, tetiba kat atas katil saya ada dua keping detox foot patch. Rupanya mak saya yang bagi. Actually saya dah mintak lama dah, tapi mak baru bagi semalam. Hehe.

Before this, saya dah pernah try pakai sekali. Memang sangat best pakai detox foot patch ni. Bangun tido, badan rasa macam ringan satu kilogram je. Haha melampau lah kan sampai sekilo kurang. Ade banyak fungsi detox foot patch ni. Antaranya ialah:

-Sakit kepala, migrain
-Sakit belakang
-Kegemukan
-Kelelahan, kurangnya tenaga
-Depression
-Kembung atau pencernaan tertekan
-Bersama pembengkakan atau nyeri
-Air retensi
-Arthritis
-Diabetes
-Masalah jantung
-Cancer
-Rapuh rambut atau kuku
-Sembelit
-Nafas busuk

Ok, i bold kan fungsi untuk KEGEMUKAN tu :p Benda ni bagus untuk mereka yang ada masalah berat badan. Maybe kalau korang makan banyak macam biasa, then pakai detox foot patch tu, memang tak ada kesan lah. Tapi kalau korang kawal makan, then pakai detox foot patch ni, kompem berkesan. Memang tak turun berkilo-kilo, tapi ada lah susut sikit kan :)

Mintak maaf lah kalau korang geli. Tapi, ni lah jadi kalau saya yang pakai. Punya lah banyak toksin dalam badan. Euwwww!

Sebelum tido malam tadi, I pun dengan semangatnya timbang berat dulu. Lepastu baru pakai detox foot patch, then tidoooo. Minimum pakai benda ni 4jam, maximum nya 8 jam. Pagi tadi lepas 8 jam, I pun bukak lah pelekat detox kat kaki I ni. Disebabkan I datang bulan, jadi boleh lah I menggunakan detox foot patch ni semaksimum yang mungkin :p

Pagi ni, I pun timbang, dan berat I takde lah berkurang sampai sekilo, tapi berkurang lah jugak, 300gram youuuuu. Wowwww ;p

Untuk korang yang nak cuba boleh lah try beli. Banyak jual dekat blogshop kat internet ni. Pastikan anda bandingkan harga tau. Ada yang jual mahal gila, sekeping rm2.50. Padahal sekarang sekeping rm0.50 pun dah boleh dapat tau.

Ok, sampai sini dulu ye. Jumpa lagi lain masa.

Assalamualaikum dan selamat hari rabu :)

Tetiba terjumpa gambar zaman tok kadok. Tersedak, lalu nak tayang gambar ni kat korang kah3.

p/s: layan lagu kat bawah ni berjuta-juta lemon kali.



3 comments:

i'm ezza haniza said...

wahhhhhhhhh.......bestnyeeeeee!nak jugakk

Cik Suheela said...

weeee try lah ezza :D

Anonymous said...

This is a topic that's near to my heart... Thank you! Where are your contact details though?
my page > diets for quick weight loss