Tuesday, July 5, 2011

Aktiviti hujung minggu :)

Assalamualaikum.


Rasanya lama betul tak menulis di blog. Adakah saya dah bekerja? Oh tidaaak. Masih menanam anggur di rumah T_T


Nak cite siket, last week saya pegi shah alam (maklumlah, ini modal orang yang dah tak tahu update apa) Ada few things nak kena settle kat uitm shah alam dan beberapa benda lain. Dah terlanjur singgah di shah alam, macam biasa, kita singgah dulu ke tiga serangkai. Siapa tahu tiga serangkai tu ape? Untuk bebudak uitm, of course korang tahu kan. Tiga serangkai stand for PKNS, Plaza Alam Sentral & SACC Mall. Hebat kan pelajar keluaran uitm? Siap boleh reka nama tempat lagi :p


Tujuan singgah ke tiga serangkai ialah untuk membeli baju konvo. ULANGAN. Membeli baju konvo. Hang tengok dahsyat dak aku? Konvo bulan oktober. La ni baru bulan Julai, aku dah beli siap-siap, walhal raya lagi awal, bulan Ogos, baju raya pun tak ada.


Then, macam biasa lah, kalau singgah KL, mesti nak kena pergi Jalan TAR kan? Punyalah jalan berjam-jam kesana, tapi akhirnya pulang tangan kosong je. Itulah padahnya berjalan-jalan tanpa merancang apa yang nak di shopping T_T


Jom saya bawak p jalan :) Sampai simpang, enjin mati, syoknya T_T Kalau bawak kereta manual memang tak sah kalau tak mati enjin. Kaki aku pendek sangat, lenguh nak pijak clutch lama-lama HUAAAAA!

Sebelum jalan, kita amik gambar dulu untuk dibuat kenangan ye kawan-kawan :)
Eden pakai selipo jo, selekeh jo.

Singgah umah makcik sat. Yang sebelah kiri tu my cousin, darjah tiga. Baru darjah tiga dah nak sama tinggi dengan ai. Bab tinggi memang ai selalu kalah.

Baju dan tudung konvo. Suprise, mane leh gitau korang ai pakai baju ape ;p

Coklat upin ipin untuk anak sedara yang comel yang tak ikut pergi shah alam.

Sebagai makcik yang baik, saya belikan budak kecik ni pistol menan. Dengan harapan, dia boleh jadi ganas macam makcik dia HAHAHA.

Itulah aktiviti hujung minggu lepas. Daripada ai duduk rumah makan tido, baik lah ai pergi jalan-jalan kan kan kan.

Korang ada dengar pasal perhimpunan BERSIH tak? Ish, pening kepala saya. Pasal BERSIH tu lah, jalan raya menjadi sempit di mana-mana sebab ada roadblock polis. Yang hairan nya, bila dah tiba kat khemah polis, saya tengok polis dok tercongok duduk-duduk & borak-borak. Aiseh, hangen jugak dibuatnya. Jalan jadi sempit but mr. polis takde cek pape pun. Wat jalan jem je.

Ok, sampai sini ye. Lain kali kita jumpa lagi. Bye :)

Terima kasih kerana membaca.

6 comments:

ezasunflower said...

Alaa... polis tu duduk rehat sat... takkan nak keja ja kan? hehehehe... btw, follow u.. @_@

Cik Suheela said...

thanx eza.. :)

iedchan said...

nak konvo da..beshnyeee...heheh:P

Cik Suheela said...

hehe konvo mmg best ;p

c mok said...

cantik lau punya top 2 . cun ! (:

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?609ea9613f49647daaf8d86712b02443

Cik Suheela said...

heee thanks..bli kat jusco je yang..