Tuesday, June 14, 2011

Petua hilangkan jerawat batu dan sewaktu dengannya

Assalamualaikum semua.


Sejak berumur 19 tahun, ramai yang dah tegur, kulit muka saya makin licin, berseri-berseri, pakai ape? Ewahhh. Meh sini. Harini nak kongsi satu rahsia. Tak salah kan kalau nak kongsi review produk? Kalau bagus, korang boleh cuba :) 




Semua perempuan pasti mahukan kulit yang licin dan bebas jerawat. Macam tu lah jugak dengan saya. Muka saya sangat-sangat teruk sebelum ini. Jerawat start tumbuh banyak sejak dah akil baligh. Saya start baligh pun tingkatan dua, agak lambat kan? Bukan jerawat nasik yang kecik-kecik tu tau. Tapi jerawat batu singgah di muka. Bukan satu, berketul-ketul kot. Saya tak tahu lah muka saya ni ikut hormon siapa. Tapi mak, abah, kakak-kakak semua muka licin je. Tak ada jerawat banyak sangat pun.


Dulu, saya benci tengok muka saya. Dah bermacam-macam produk saya guna. Macam iklan ALMAS tak? :p Mula-mula saya try pakai safi, maklumlah time tu kan sekolah lagi. Tak ada duit nak beli pencuci muka mahal-mahal. Tapi, tak berkesan pun. Lepastu, mula pakai sabun sendayu tinggi sebab saya tengok macam-macam testimonial dekat majalah, cakap sendayu tinggi ni bagus sangat untuk orang yang ada masalah kulit. Saya pun mula lah menabung buit, nak beli produk sendayu tinggi. Last-last pakai, hampehhh. Tak ada kesan langsung kat muka saya. 


Sampai lah satu hari, makcik-makcik saya yang sedih tengok keadaan kulit muka saya, dorang promote kat saya satu krim ni. Krim  KWAN IM. Krim ni cuma pakai waktu malam je. Kalau tengok struktur krim dia macam ala-ala temulawak sikit. Produk ni dari thailand. Fungsi krim ni untuk hilangkan jerawat, lembapkan kulit, kurangkan kedut dan juga hilangkan alergi dimuka. Ingredient dia diperbuat daripada seawater pearl powder.


Haaa. Ni lah rupa krim kwan im. Senang je nak guna.


Yang ni satu lagi produk saya pakai time berjerawat batu dulu. Pakai silih ganti dengan krim kwan im.

Yang kat atas ni, Dalacin T. Korang boleh dapatkan kat farmasi. Dalam rm49.90 kot. Tak sure.

Bila dah berumur 23tahun ni. Baru lah saya start kekalkan pemakaian produk natasya. Tapi, masa time sekolah menengah dulu pakai dua produk kat atas ni.

Korang yang ada masalah kulit, boleh lah try. Kot-kot berkesan ke. Kalau apa-apa terjadi kat kulit muka korang, saya tak bertanggungjawab tau. Sebab kalau muka saya yang pakai, ok sangattttttt.

Selamat menjadi cantik ^__^

Terima kasih kerana membaca.

13 comments:

CinoiLavigne said...

Ada lagi 1 mcm Kwan Im ni nama dia golden horse, kaler pink bekas dia. sama je tekstur dia rasanya


*hai, 1st time here. blogwalk dr bloggers malaysia fb

Miss Y and Her World said...

sy pun pernah berjerawat yg teruk. Sendayu Tinggi? Buat habis duit jelah.

Pernah pakai Natasha juga. yang sabun dia tu + krim malam. oh noooo. kulit menggelupas teruk dan kemerah-merahan.


lastly saya pakai pencuci muka Safi yang terbaru tiub kaler biru tu.

toner buat sendiri dari Apple Cider Vinegar. Dan sejak tu takde jerawat naik.

jom baca pengalaman sy,

Apple Cider Vinegar : Rawat Jerawat & Parut

Cik Suheela said...

CinoiLavigne: ohhh saya pun pernah dgr golden horse tu dr member. bagus jugak katanya ;)

Cik Suheela said...

Miss Y: yeke? kulit i pakai natasya cam ok plk..hehehe..lain org lain kesannya kot..

mayra aish♥ said...

1st time nampak krim kwan im tu..hehehe..mujarab eyh produk tu?

Cik Suheela said...

mayra, mujarab gila..sbb muka kite masa sekolah dulu teruk sgt3..huhu

ct kamila said...

ai dah start pkai natasya.. bila bce entry u mcm tertarik kan.. so far, alhamdulillah, ok ngn muka ai..

tak sabar nak tnggu parut kat muka ni hilang.. hehe


=)

NurIzza said...

petua hilang parut jerawat tak ader ker??

sya hassan said...

nk try la..hee dah lmer cari produk tuk jerwt.. kat dahi sy neh truk sgt.. tenksss for sharing :)

Raden said...

kalo ade jerawat sy bia je..hehe..natural beauty kunun..

azier reiza said...

salam...kat mane nk bli krim kwan im uh??kat farmasi d x??

azier reiza said...

salam...mane nk bli krim kwan im uh??kat farmasi d jual x??

Miz Yana said...

Kalau nak tahu jus pun boleh hilangkan jerawat..nak tahu jus apa jom singgah ke blog saya..:-)