Tuesday, June 28, 2011

Kahwin? Best ke?

Bila kita cakap pasal kahwin, mesti ramai di antara kita yang memang gila nak kahwin. Yela, siapa yang taknak kahwin, even saya pun nak kahwin. Tapi, biasalah jodoh pertemuan ditangan Allah s.w.t. Belum sampai lagi jodoh saya.


Ramai ex-schoolmate saya yang dah kahwin. Tapi, malangnya satu pun antara jemputan diorang saya tak dapat pergi lagi. Bukan tak sudi nak datang, tapi masa tak mengizinkan, mesti ada saja hal nak kena setel.


I'm thinking of wearing this kind of jilbab on my wedding hik3 ;p

Ok, back to the topic. Kahwin, best ke? Saya selalu tanya soalan sebegini pada pasangan-pasangan yang baru kahwin and jawapan diorang of course akan jawab BEST. Tapi bila saya tanya soalan macam ni pada pasangan yang dah 5 ke 6 tahun kahwin, and the answer is TAK BEST youuuu.

Biasalah, awal-awal kahwin, semuanya sweet-sweet belaka. But, after few years yang pahit-pahit je yang korang nampak kan. Biasalah, adat berkahwin, ada pasang surutnya. Awal-awal, mestilah semuanya sweet macam gula-gula. Lama-lama bosan pun melanda. And itulah perlunya sesuatu yang baru dalam kehidupan suami dan isteri :) Buatlah suprise ke untuk pasangan anda, takdelah bosan sangat kan kan kan.

Apa-apa pun, kita memang kena berbalik kepada fitrah hidup, memang setiap manusia perlu berkahwin, kalau hang kata hang taknak berkahwin, hang memang melawan fitrah hidup. Manusia ni dijadikan berpasangan umpama  malam dan siang, hidup dan mati, lelaki dan perempuan. Tak kan hang nak hidup sendirian seumur hidup? Nanti dah tua pun kena lalui sisa-sisa hidup sendirian, sedih tuuuu.

my best friend wedding. sweet kan? ;)

So, bila dah sampai seru, kahwinlah. Tapi, kalau rasa confuse, perlu ke aku terima mamat ni, solatlah istikharah. Percayalah, Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Yang penting kita kena usaha. Bila sekali dah dikecewakan, INGAT! Bukan nya berkali-kali anda akan dikecewakan. Kahwin itu perlu 


Untuk wanita-wanita yang diluar sana yang kahwin muda (i mean dalam 18-22 tahun you dah kahwin), saya teringin sangat nak tanya cabaran korang kahwin diusia muda ni. Dalam usia yang muda, korang boleh uruskan diri korang, suami dan jugak anak-anak korang. Wahh, memang hebat :D


lighting terlebih buat muka saya seperti tepung gomaksss

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Thanks for reading.

Gudnite and salam :)

8 comments:

i'm ezza haniza said...

saya pn nak kawin!he3

Cik Suheela said...

sy ponn!!! :D

Farhana Jafri said...

sme la kite.. rmai exschoolmate dh kawen.. nk kawen tp xd keje tetap lg.. still study so full comitment bg dkat study dlu.. kawen tu pas sume dh trcapai.. :)

jemput singgah ANASAURUS :)

NurIzza said...

saya nak sangat3 kawen!!!

Engku Sofea said...

saya three !! :)

Cik Suheela said...

farhana: betul tu, habiskan blaja dlu :)

Cik Suheela said...

zatul: gataiii :p

Cik Suheela said...

sofea: heee ;)