Thursday, May 19, 2011

Hobi dan minat cik suheela

Assalamualaikum semua :)

Sebelum tido meh I nak story kat uolss sket pasal diri I. Walaupun uolss taknak dengar, i nak cite jugak tau :p

  • Cik suheela lahir pada 25 oktober 1988. Sebaya dengan tiz zaqyah a.k.a nur aminah. Penah tegur dia time dia belum fofular sangat kat FB, and dia tegur I balik n cakap I so sweet! Ok teruja T_T Btw, jangan lupa sedia kan hadiah ye kawan-kawan.
  • Dulu-dulu suka gila dekat kucing!! Sekarang dah biasa-biasa je dengan kucing. Kalau dulu nampak kucing mesti nak peluk cium. Sekarang kalau jumpa kucing jalanan, akan ku beri makan kucing itu. Baik tak hati I? Bluekk.
  • Pernah bagi se tin sardin tuna cap ayambrand yang I tersilap beli perisa pada kucing di kolej melati. Dengan baik hatinya nak jugak bagi kucing tu roti yang I koyak-koyak kan kecik-kecik, dengan harapan kucing tu boleh cecah roti tu dengan sardin yang I bagi.
  •  Suka menyakat anak buah I. Lagi-lagi kalau dia dah buat silap. I akan buat muka garang. Dengan harapan dia akan nangis sebab dia nangis amatlah comel gila. Tapi malangnya dia tak pernah nangis kalau I marah dia.
  • Sangat suka mekap. Kalau uolss nak I mekapkan kan pon I boleyy.
Meh i ajar mekap basic nak? Hahaha macam bagus je nak ajar-ajar orang kan.

  • Sangat suka BB cream!! :) Tapi BB cream I pakai sekarang sangat tak baik, sebab muka I jenis yang oily gitu, pakai BB cream sekarang ni, bila tengahari je, muka I punya minyak boleh buat goreng nuget.
Ni BB cream I yang sekarang. Sape muka berminyak jangan pakai ini jenama ok?

I teringin nak cuba BB cream yang ini. Tapi takde jual kat Malaysia lah huhu.


  • Kalau I blaja untuk final exam, i boleh jadi orang yang paling serius, muka masam dan senyap gila, sunyi sepi bilik tu. Sebab I nak pahamkan banyak benda. Masa test n kuis dah penat eden poye-poye T_T
Ok, jawab final exam kena serius. Siapa yang amik degree accounting kat uitm shah alam? Kau akan menyesal kerana final year tak boleh relaks2 macam budak kos lain. Malah berlambak presentation. Dahlah aku mencik bab presentation depan kelas. Choii!

  • Suka tengok perempuan cantik kat internet. Dengan harapan boleh jadi macam dia wahkahkah.
Macam ini. Cantik kan? Macam jepun kan? Walhal ini orang endon kau tahu tak? Err comel gila dia ni. Nama dia Elissa Yamada. Dia ada kakak nama jessica Yamada muka memang sebijik macam ni jugak. Korang boleh cakap dorang ni macam kembar. Sebijik sejebon!

Dan ini. Waduhhh, ini gadis banyak cun. Ini gadis jepun yang skrg menetap kat US sebagai makeup artis. Makeup dy sangat natural dan lebihkan kepada mata macam pakai contact lense & bulu mata palesu. Soooo sweet dis gal.
p/s: Ekimura, please allow me to borrow ur picture ya? ;)

  • Sangat suka benda yang comel-comel. Kadang-kadang benda tu tak perlu pun, I beli jugak. Kan bagus kalau gaji I besar, I orang kaya, boleh beli ape je yang I nak T_T
Disebabkan suka sangat kat benda comel. Kau tengok baju aku pon nak ada bear banyak-banyak macam tu. Dah umpama badut dah aku tengok T_T

  • Sangat suka susun-susun dan mengemas. I tak boleh nampak katil kedut. Mesti nak tegangkan cadar katil tu balik. I tak boleh nampak selipar bersepah-sepah, mesti nak susun selipar tu jugak. Tak tahu nape, so uolss jangan terasa tau. Kalau I susun-susun tu bukan nak menghalau uolss. Dah memang habit I huhu.
Ni bilik I. Tengok cadar I. Jangan kedut-kedut kan tau :p

  • I sangat-sangat anti kaki mengumpat kawan sendiri. Ohhh tak bolehhh blahhhh. Dah kau baik dengan orang tu, dok ngata orang tu pulak kan kat blalakng. Memang la tu adat berkawan. Tapi mana lagi penting? ADAT atau AGAMA? Mengumpat dapat dosa wehh. Soooooo kurang ajar. Meh i lempang-lempang sket.
  • I bakal bekerja sebagai dotdotdot (upsss segan nak bagitahu skrg) yang langsung takde kena mengena dengan kos perakaunan yang i amik. Bhahaha.
  • Sekarang I dah berumur 23tahun. Sudah tua. Lagi 2tahun dah boleh kahwin dah.
  • Dan sekarang dah pukul 1, baik I tido. Ok bye. Zzzzzz.
Terima kasih kerana membaca.

Luv u olss yang selalu singgah sini bagi komen :)

Selamat malam semua.

2 comments:

syieda said...

wow...syieda s cantek yg pertama ke?hahaha...

best entry akk...and thanks sudi dtg blog syieda...

follow akk lik... (syieda 22thun hehehe) jd kne pggl akk la...kan?^_^

Anis Adila Aris said...

tak macam umur 23 pun, macam belasan lagi..

puji sebab nak sis make up kan saya..hehe :D