Tuesday, April 19, 2011

Angan-angan. Nyanyi lagu raja ema "angan-angan" dulu.

Sebelum lelap mata, tetiba angan-angan makin menggunung pula tinggi nya. Tak penah nya berangan macam ni. Takpelah, sekali sekala. Kot2 satu hari nanti jadi kenyataan, korang-korang jugak lah orang yang first tahu bahaha.


Sebagai budak final semester, bakal menamatkan pelajaran. Impian first, of course lah nak ada kereta sendiri. Nak jugak rasa jadi perempuan bekerjaya kan. Ayat tak boleh blah.


Nak beli kereta weyy. Saya tak suka kereta mahal-mahal. Saya nak kia picanto je. Ekceli taknak kaler biru, nak kaler pink!! Kereta mahal-mahal pun, kalo eksiden, jadi besi buruk juga akhirnya. Betui tak??

Pastu nanti kalo dah ada rumah sendiri, bilik itu akan di design kan pink dan putih kesemuanya. Fullamak. Lawa yuuu.

Dapur pun nak kaler pink, baru aura memasak tu boom sikit. Tapi kalau dah malas masak tu, malas jugakkk HAHAHA!

Setelah tiga tahun keje makan gaji, duit simpanan itu akan ku guna untuk modal bukak spa. Teringin weyyy nak ade spa sendiri. Lagipun saya memang minat benda-benda macam ni. Tak pun, jadi mekap artist. Setakat ni, dah banyak jugak mekap kan orang. Cuma kalau mekap diri sendiri kurang lawa, terus jadi macam wayang cina. Tepung gomakkk!!

Pastu, nak hp baru!! Hp saya cap ayam je selama ni. Tapi tak kesah lah model hp ape pun. Asalkan pink. Baru comel gitu. Erkkk. Perlu ke.

Nak laptop baru!! Eh, tapi bukan yang ni ye. Yang ni layaknya untuk anak buah aku dirumah. Heehee :)


Nak laptop kaler pink jugak lah. Tak dapat apple, sony vio pon ok lah ;)

Pastu, nak kahwin lah. Hehehe. Pelamin bagi yang kaler putih2. Baru nampak cam snow white kan. Hahaha.

Ok, nak baby boy comel-comel macam ni. Alolo. Dah nampak dah naluri keibuan pada diri aku ni. Muntah cepat. Bluekkkkk.

Ok lah, selamat malam semua. Saya nak tido. Esok perlu gerak balik ke shah alam pagi-pagi.

Doakan segala impian saya tercapai ye ;) Kalau impian ku tak tercapai, terus kena nyanyi lagu azie, pelamin anganku musnah (--")

Terima kasih kerana membaca. Salam.

4 comments:

NurIzza said...

ayat tak leh bla.. "tak nak keta mahal2" tapi abik picanto.. wahahahha lawak ar suheela nie...
nice entry lawak!!!

Cik Suheela said...

Hahaha..betol lah..drpd aku amik mercedez ke, bmw ke kan hahaha :p

NurIzza said...

wahahaha.... aku plg koman pun. keta mak aku ar aku rembat.. wahaaha...

LINA JALIL said...

bilik tu...cantik..wah..nk bukak spa ye..hopefully jadi knyataan..nnti bole blnje kite spa kan..ngeee ^_^