Saturday, February 5, 2011

Resepi shushi cik suheela. Sedap lagi menyihatkan.

Assalamualaikum korang :)




Harini baru terbuka hati nak menulis. Malas betul nak menaip ni. Mesti korang boring, bukak je belog lusuh ni, balik-balik entry yang sama je kan kan kan? 


Bila berbelong walking, mula lah rasa YA ALLAH, belog aku ni bosan nya!!!! Belog orang len lagi best dokk. Tu yang patah hati malas nak menaip T_T


Demi nak memenuhi permintaan ramai bloggers yang mintak ai menaip pasal resepi shushi, ai pon dengan berbesar hati nak kongsi resepi ni dengan uollss yang suka makan shushi. Ewahh macam lah pakar sangat bab masak memasak ni kan :p


Ok, ready??


Bahan-bahannya:


1. Beras shushi brand SUMO. Boleh didapatkan di jusco.


2. Seaweed atau rumpai laut. 


3. Tikar gulung shushi. Ai beli kat jusco jugak, RM4.50 je.


4. Mayonis. Kalau nak sedap baik yu all pakai cap PILIHAN PEREMPUAN  LADY'S CHOICE. Baru rasa mayonis sebenar :)


5. Crabstick & Hotdog.


6. Timun english sebab dia kecil-kecil dan rangup.


7. Cuka (cap tamin untuk lagi sodapp) Tak lupa garam dan gula secukup rasa.


8. Tuna dalam tin yang siap untuk dimakan.


Cara-cara penyediaan bahan:


1. Masak beras shushi macam biasa.


2. Setelah masak, sejuk kan dulu. Then, gaul dengan garam, gula & cuka secukup rasa.


3. Rebus crabstick & Hotdog.


4. Potong timun panjang-panjang.


5. Tuna dalam tin, dikeluarkan dan digaulkan dengan mayonis untuk lebih sedap ye kawan-kawan.


Cara-cara membuat shushi:


1. Pada tikar gulung shushi, letak seaweed, sapu mayonis atas seaweed tu rata-rata. Lapisan kedua letak nasi shushi yang dah siap gaul dengan garam, gula & cuka secukup rasa. Sapu lagi mayonis atas nasi. Pastu letak hotdog & timun yang dah di potong panjang-panjang. Lepastu gulung sekuat hati! :) 


2. Untuk shushi jenis tuna pula: Kepal-kepal nasi shushi berbentuk oval. Balut seaweed pada tepi nasi. Lebihkan ruang kosong kat atas nasi untuk masukkan tuna yang dah digaul mayonis. Kalau uolls malas nak kepal-kepal, beli acuan shushi bentuk petak je kat jusco. 


3. Untuk shushi jenis crabstick pula: Again, kepal-kepalkan nasi shushi berbentuk oval. Letak crabstick yang dah di potong kecil-kecil. Pastu balut dengan seaweed yang dah dipotong panjang-panjang. Sapu mayonis pada luar nasi to make sure seaweed melekat betul-betul pada nasi.


Siap. Makan sejuk-sejuk lagi best :)

Kalau macam tak paham ayat kat atas, refer pada gambar-gambar lapuk kat bawah ni ye kawan-kawan.

 Masak nasi brand shushi.

 Tikar gulung RM4.50 je yuu.

 Seaweed @ rumpai laut.

 Tu dia cuka cap tamin.

 Crabstick & hotdog yang siap direbus.

 Timun english. Potong panjang-panjang cenggini. Hotdog pon potong cenggini ea.

 Nasi yang dah dikepal berbentuk oval. Segan sebab selekeh ai buat T_T

 Tadaaa! Shushi versi tuna.

 Shushi tuna & crabstick. Tak tahu nama betul dia ape. Hentam aja lah. lagipon aku bukan orang jepun nak hafal nama-nama shushi ye dak??

 Shushi gulung-gulung.

Shushi makan sejuk-sejuk baru best :)

Ok, setel. Mudah kan? Semudah A B C. Eh kau melampau lah ABC. Aku buat ni berjam-jam tau sensorang. 

Selamat mencuba ye kawan-kawan. Shushi ni makanan sihat. Orang yang nga diet leh makan shushi ye.

Sesuai sangat korang yang perempuan-perempuan buat untuk bakal suami korang. Pi berkelah makan shushi & minum air teh hijau. Chewahhh konon dah sweet habes lah kan.

Terima kasih kerana membaca :)

70 comments:

Cik Yan said...

wah,,bagus cik ela ni..
patot en topek syg bangat..
cantik + pandai wat sushi lagi
hehehe


p/s: ela esok nek bas ape??
nak saing x??

azalia hjsalleh said...

nampak mudah & sedap
na cubalah nanti ;)

Lina_Lin said...

nmpk cam senang..
tp kalo wat sensorg agak renyah la..

cik huda said...

sedapnye (:

Cik Suheela said...

Yan: WAHAHAHA..aku cepuk jugak si yan ni..

Cik Suheela said...

azalia hjsalleh: cubalah. best mkn shushi ni heee :)

Cik Suheela said...

Lina_Lin: agak leceh lah jugak huhu..

Cik Suheela said...

cik huda: try lah hehehe :)

SYAFIQAH / S said...

sedapnya! nanti nak trylah :)

Salwa Ismail said...

arigatoo gozaimas cik suheela-san sbb share..hait2..hehe :)

Cik Suheela said...

SYAFIQAH:mesti cuba taw heee :)

Cik Suheela said...

Salwa Ismail: sam2 kasih. salwa kena cuba taw heee :)

ieya said...

sis ,boleh buat bisnes niee. XD

Cik Suheela said...

ieya: takleh, tak larat den hehehe

syufaa said...

waaa..bgusnyee..rjin btol wat sushi.. ^_^

Cik Suheela said...

syufaa: heee saje2 nak wat time dating ritu hihih. :)

mia said...

gud gud... pas ni ley jimat, takyah g shushi store g, ley wat sndiri.. tq..

Cik Suheela said...

mia: hehehe betul3 :)

Syukri Mohtar said...

wah.best nye buat sushi.

Syukri Mohtar said...

wah.best nye buat sushi.

Cik Suheela said...

syukri: memang best hehehe :)

Akeyla Azmey :) said...

wahhh . i bookmark this one :D hebattt . mesti yang laen lagi lagi hebatt kan ? :D

Cik Suheela said...

Akeyla Azmey: taklah..biase aje yuu heeee :)

Jaune said...

tolong pos sushi dkt aku satu ok, mekasih.. :)

Cik Suheela said...

Jaune: Basi dong nnti Hekhek :D

Anonymous said...

buat banyak skit ye pastu bg kitorang makan haha :)
~teha

Cik Suheela said...

teha: hahaha dah abes dah teha ekeke..

alynn M said...

nampak sedap! perlu test ni. xyah susah susah pergi sushi king lagi. hehe ;)

Cik Suheela said...

alynn: pe lagi cuba rr hihih ;)

Rashid said...

sedapnya.. tu baru tengok je belum rasa lagi..

Cik Suheela said...

Rashid: heheh :)

fathiah said...

wah.... xpenah makan sushi.. sedih nye.. hehehehehe...

Cik Suheela said...

fathiah: try lah wat sdri. leh mkn hihi :)

YUL said...

wah, sangat menarik, tau eh awk masak sushi, btw nice sekali, nnt nak try buat

Gadis Kurma said...

omeiiigott! shayee suke sushi...senangnya nak buat....heeee

sha said...

Wah, nmpak sedap..

Mana suheela belajar buat sushi ni?

eesyaheera said...

LIKE THIS! hihi. kite antara orang yg mtk resipi awak :P

cIk JanNah said...

ayamak mcm senang je nak buat?
tp rasanya lau sy yang buat memang sehari semalam pon x siap
kih3

Mr.NS said...

rasa cm nak buka kedai sushi je la nnt..:D

Kaspersky Seller said...

Salam ela. tumpang lalu. jom shopping2 kt blog saye. jgn lupe promote kt member2 ye.tq :)

Cheap Kaspersky Online Store - Click Here!

Cik Suheela said...

YUL: bagos2. lelaki pon kena pndai masak :p

Cik Suheela said...

Gadis Kurma: senang wat tp leceh bab gulung2 tu huhu

Cik Suheela said...

sha: blaja cuba2 sndiri je sha hihih :)

Cik Suheela said...

eesyaheera: yeahhhh. i igt yu sheera hihihi :D

Cik Suheela said...

cIk JanNah: ish..tak lah..msti siap lagi awal yuuu heeee ;p

Cik Suheela said...

Mr.NS: bsaing dgn shushi king WAHAHA

Cik Suheela said...

Kaspersky Seller: okie :)

SYAFIQ TENGKU said...

trime kasih share..i will try (^^)v

Cik Suheela said...

SYAFIQ TENGKU: ur welcome :)

nurul huda said...

wahh.. senang je kan nak buat sushi nie.. thanx yee bagi resepi yang simple lagi sedap nie... lepas nie tak payah beli2 lagi... jimaaaaat... :DD

Cik Suheela said...

nurul huda: hehe betul3. jimat sgt2 :)

aish♥ said...

wow!
menarik ;)
nnti nak try buat lah ;)

Cik Suheela said...

aish♥: hehehe..sila2 :)

Amri Abd Rani said...

nampak mmg sedap,
nti makcik kat umah tu xjd plak bila mbuatnya...

Zolraya said...

betul jadi ke nie?

NurIzza said...

cik suheela saya tak nak resepi saya nak awak buatkan bagi saya makn.. huhuh..

Cik Suheela said...

Amri Abd Rani: makcik kat umah??apa??nggak ngerti dongg..

Cik Suheela said...

Zolraya: betul lah jadi. klw tak, takde resepi ni heeee ;)

Cik Suheela said...

NurIzza: zatul, kita kan dok kolej. gimana aku mau bikin untuk kamu dongg heheh..

Mas Ayu said...

wah...cedapnyer..bolehla saye cuba..

Cik Suheela said...

Mas Ayu: mesti cuba hehehe :)

::nuRuLaDHar:: said...

waaahhh..sedap! harus cube neh..hihi

Cik Suheela said...

nuRuLaDHar: sila lah cuba hehehe :))

MiEEruL said...

maner nak cari tikar lipat jepun tuh?

Anonymous said...

kalo pakai beras biasa ngan cuka makan boleh ke?

Cik Suheela said...

kalau beras, mmg kena pakai beras shushi baru 100% jadi..kalau pakai cuka makan pon boleh je..yg penting beras mmg kena pakai beras shushi.. :)

Cik Suheela said...

mierul: tikar tu awk boleh cari kat jusco adee jual..

Anonymous said...

Cuka tu ganti ngan cuka epal @cuka kurma boleh tak?

Anonymous said...

Kak klu tk pakai cuka gula and garam boleh tk???

Cik Suheela said...

Anonymous: Korang boleh je pakai cuka epal, cuma sy xtahu apa rasanya nanti. Sbnrnye tak letak cuka pun boleh. Letak garam sikit je utk penambah rasa sikit :)