Wednesday, February 16, 2011

Mak aku kata, benda yang tak baik jangan ingat. Ingat benda yang baik je :)

Assalamualaikum korang :)

Macam biasa. Permulaan cerita mesti nak kena tepek muka aku sebijik T_T

Harini ekceli tak buat apa. Cuma pergi interbiu ke stesen minyak petronas berdekatan dengan uitm kesayangan untuk siapkan assignment yang memang "seronokkk" sangat. Bluekk :) Berjanji dengan manager stesen minyak pukul 9 pagi. Tapi, ntah mimpi ape aku malam tadi, syiokkk gila tido, sedar-sedar dah 8.30pagi!! Aduhhh. Dengan pantasnye, gedebak gedebuk, pukul 8.50 dah siap. Terer takk? Sempat pakai bedak lagi. Cuma baju je tak iron. Kantoi disitu. 

Hai, dah sampai stesen minyak. Pipi nak kembong-kembong sebelah. Tudung pon nak kembong jugakkk. Senyum senget :-/

Sampai-sampai tepat pukul 9 pagi. Tapi manager sampai pukul 10 pagi. Kiranya start pukul 10 pagi jelah senang citer T_T 

Alhamdulillah, maklumat memang cukup. Manager stesen minyak tu sangat-sangat baik. Layan je kitorang. Siap bagi air botol 100plus sorang satu lagi. Disebabkan ramai sangat yang interbiu time tu, total semua 13 orang. Kalau ade kumpulan aku je, yang 4orang ni jeee, mesti Manager tu belanje kitorang makan KFC kat sebelah stesen minyak dia :p

Bersama dua orang kuat stesen minyak petronas. Encik berdua memang terbaikkkk! :)


Before balik, bungkus KFC yang dibeli guna duit sendiri. Ingat Manager tu nak belanje ekau wah3, beranganlah ekau. Terliur tak terliur tak? :p

Ekceli, harini jugak ada beberapa orang my classmates yang bercanggah pendapat. Biasalah, konflik berlaku dimana-mana. 

Nasihat mak aku, aku memang ingat sangat-sangat. Yang orang terbuat jahat kat kita sekali dua tu, toksah lah di ingat-ingat sangat. Nak buat ape korang ingat? Buat tambah perasaan hasad dengki je, betul tak? Cuba ingat baik orang tu pada kita. Mesti ada punya kan orang tu buat baik pada kita? Betul tak? Toksah diingat-ingat. Bertambah lagi korang punya penyakit hati. Orang kata, hati mesti mau baik maaaa. Baru awet muda :)

Take it easy babe. Aku tak pernah tunjuk muka stress kat depan orang ramai. Kawan-kawan maybe nampak aku selalu je senyum. Sebenarnye, aku ada jugak stress. Tapi, aku take it easy. Kalau asik stress je, cepat tua lah aku. Nanti muka aku berkedut-kedut. Eeee burukk lahh. Tak kuasa makkk.

Kalau marah boleh buat muka comel macam my Fathurrahman kan bagus heeee :)

Terima kasih kerana membaca :)

11 comments:

Marya Hana . said...

wah kata2 semangat betol neyh.. :)
insyaallah kalau kite maafkan org, hdop kita lebih tenteram aman bahgie hendaknya. cewah!

insyaallah . hai suheela.. :)

mamaqari said...

terigin plk rasa nk mkn kfc bila tgk wedges tuh=)

F.A.R said...

seronok la interbiu dpt air free.
tp kalau jalan kaki skit gi kfc tu pun xpe kot.
sambil makan sambil cerite.
hahaha.
gud luck ye dgn asgmnt.

Cik Suheela said...

mamaqari: sedappppp gile ;)

Cik Suheela said...

F.A.R: HAHAHA best dpt air free. Thanx :)

Anonymous said...

ela nampak cedap la kfc tu...blanje kita cepat hehehe
~teha

Fifi Syafirah said...

betul2. walau banyak mana pun masalah. senyum tu penting hehe

Cik Suheela said...

teha: hehehe ala..dah habes dah teha hihi :)

Cik Suheela said...

Iera: betul tu, senyum tu penting sgt3 walupon byk masalah heee :)

NurIzza said...

suka suka suka!!!
semua orang stress dol.. aku nie tido jer.. keja berlambak tak wat.. hoho..

Cik Suheela said...

zatul, aku pon keje nye tido je..ni pon baru bgn tido WAHAHA ;p