Friday, February 11, 2011

5 ciri-ciri lelaki idaman malaya. Mengikut pendapat gue. (Part 1)

Assalamualaikum korang :)


Pehh lama gila tak update belog. Aku rasa dah ade cik labah-labah dah tumpang bermalam kat blog ni. 


Harini, nak berkongsi tips dengan para lelaki diluar sana tentang ciri-ciri idaman semalaya. Ewahhh macam pakar lah sangat kan. Bluekk. Muntah pink cepat.


Bagi korang-korang yang belum ada calon isteri, sila ambil berat tentang semua ini ye. Yang gadis-gadis pula, cuba tengok, betul tak apa yang gue senaraikan ni. Hee.


Ciri-ciri lelaki idaman Malaya adalah seperti berikut:


1. Pertama: Kena lah beriman. Yang penting, yang WAJIB tu kena buat. Sembahyang 5waktu. Tak perlu nak alim sangat pun takpe. Yang 5 perkara tu kena ada dalam diri lelaki tu dah mencukupi. Kadang-kadang yang alim sangat pun payah. Perempuan suka pada lelaki yang boleh mengingatkan dia. Kalau belum solat, dia ingatkan. Kalau alpa, dia ingatkan. And kalau kelua dating, mesti dia ajak pegi solat bila dah sampai waktu. Haaa ini yang kita cari-cari :)


Haaaa. Tu diaaaaa. Yang ada janggut ciput dan bersongkok pasti menjadi lelaki idaman malaya. WAHAHA :p


2. Kedua: Yang boleh masuk dengan keluarga korang. Maksudnya disini, dia boleh bawa diri kalau pegi rumah si gadis. Takdelah duk diam je, tak reti tolong bakal mak & ayah mertua korang ke cik abang oi? Takdelah suruh bodek, tapi korang kena tunjuk sikap ramah mesra korang. Tak gitu cik senahhh??


Cari laki yang pandai parut kelapa untuk korang HAHAHA. Sebenarnya ni gambar sape pon aku tak tahu. Pakai amik je dari folder "KAHWIN" dari my future husband :p

3. Ketiga: Yang boleh membantu korang. Perempuan mestilah nak lelaki yang boleh bagi dia bantuan bila dia sedang memerlukan. Nanti bila dah kawen takdelah teruk keje aku kena buat. Betul tak? Mana nak kena bancuh susu anak lagi, kemas rumah lagi, masak lagi. Hishh, susah lah kalau semua perempuan nak kena buat. Uolls yang lelaki pon kenalah membantu. Kang boleh pengsan lah para-para isteri kalau kena buat sorang-sorang yu.


Ok. Takde gambar contoh untuk yang ketiga ni T_T


4. Keempat: Yang suka budak-budak. Means yang boleh ngam dengan budak kecik. Kalau perempuan mesti takdehal bab ni. Sebab perempuan ni lemah lembut. Kalau lelaki ni susah sket. Gwa ade je kenal laki yang tak suka ngan bebudak ni. Wak lu lah kalau lu tak suka. Nanti future, lu orang ada anak, tak kan bini lu je nak jaga. Mesti lu kena tolong jugak kan. Terkasar pulak yuu. Jangan maraa :)

5. Kelima: Yang tidak mengongkong dan membahagiakan :) Haaa. Ini yang kita mahu. Ni kalau nak keluar jalan pegi mall dengan kawan perempuan pun dok bebel tak bagi. APE KESSSSS? Lu sape, belom kawen pon nak kongkong-kongkong. Macam lah dia bini lu. Bila yang lelaki ni dok tak bagi ekau kelua, dia bukan ape, dia tak percaya kat ekau. Dia ingat ekau main mata dengan lelaki lain. Biasanya lelaki yang duduk risau-risau tu, sebenarnya dia yang buat benda tu. Betul tak betul tak?


Erkkk. Gambar aku. Takde kena mengena T_T

Stop sini ye kawan-kawan. Untuk Part 2 bersambung ye. 

Haaa. Sebelum tu meh ai nak promote siket. Cuba tengok. Header belog ai dah bertukar yuuu. Comel gitu. 

Header lama yang buang tebiat.


Tadaaaa!

Header baru :)

Nak header comel jugak tak?? Boleh lah di order disini Fifi Syafirah. Anda boleh kemukakan apa jua kehendak anda pada cik iera ni. Pasti dituruti. Layanan pon memang umpphhh! :)

Terima kasih kerana membaca :)

14 comments:

She is f.A.z.A said...

agree ngan 5 ats tuh :)

Cik Suheela said...

Yeahhh bagus2 :)

aisyahnadiah said...

suke num 5. u are soooo true!

eesyaheera said...

agreed semua di atas. yang membantu paling wanted. tolong lah bantu para isteri buat kerja T__T

Diya Edhayaa said...

5'5 setuju! hehe

Cik Suheela said...

aisyahnadiah: betul kan kan kan ;)

Cik Suheela said...

eesyaheera: betul3. baru isteri pon boleh urus diri sendiri jgk :)

Cik Suheela said...

Diya Edhayaa: bagus2. sependapat lah kte hehe :D

Cik Yana said...

Kalau tanye perempuan, mesti semua akan jawab yang beriman no 1. Hehehe~ eh, cik Yana pun letak jugak ciri lelaki yang suka budak sebagai lelaki pilihan. Suka tengok lelaki bergurau dengan budak kecik. Macam nak gi kat laki tu pastu cakap kat dia, sudikah awak kawin dengan saya? hahahha~

Cik Suheela said...

Cik Yana: heeee same lah kite..rase org yg suka budak boleh jadi ayah yg baik :)

Fifi Syafirah said...

aww thanks cik suheela.
keep in touch ya ;)

Cik Suheela said...

iera: sama2 kasih iera. thanx sgt2 watkan header yg comel heeee :)

Aidil said...

hmm.. tak teruk sangat ciri-ciri ni.. hehehe.. saya pandai perah santan.. kat rumah saya ada mesin tu.. best wo masa pakai dia... zrewt zrewt bunyi dia haha.. dan ya cik suheela.. saya ada buat blog post di blog saya untuk balas entry nih... jenguk-jenguk la ya

http://aidil.in-malaysia.org/2011/02/5-ciri-ciri-perempuan-idaman-malaya.html

Cik Suheela said...

Aidil: HAHA bagus2. Ni yg kita cari2. EKEKE :p