Wednesday, January 5, 2011

Pegi kelas vs keluar berjalan-jalan

Assalamualaikum semua. Oh rindunya kat belog yang comot ni. Rasa macam dah lama tak update. Padahal baru sehari :p Saya berasa amat sedih ye. Sebab dah wat belogwalking kat belog korang-korang semua, tapi malangnya tak dapat nak meninggalkan jejak saya di belog anda, sebab tenet di kolej ni siput sedut dan langsung tak dapat nak post comment kat belog korang. Ada yang lepas nak drop comment, dan ada pula yang tak dapat langsung nak bukak T_T

Harini nak tulis pasal bezanya pegi kelas dengan kelua jalan-jalan soping dengan kawan-kawan dan keluarga. Saya seorang yang agak suka melaram lah jugak. Tapi tak suka melawa lelebih kalau pegi kelas sebab rasa macam beriya-iya je. Pegi kelas je pon, tak kan aku nak melawa-lawa pegi kelas. Belaja je ponnnnn, takde sape nak tengok aku.

 Eh! naturalnya u. Kalau lah muka aku fair & lovely macam si patur ni kan best heee.

 Rindu pula nak main ngan budak kecik ni. Oh! i miss u so much fathurrahman huuu :,(

Jadi, perbezaan nya, kalau aku p kelas, kompem-kompem akan memakai jeans lusuh, tshirt tak pon baju kurung. Tudung pulak ala makcik-makcik kat pasar, pakai sarong aje. Bedak tak tepek 7 inchi, seinchi je cukup. Dan selipar roxy. Amatlah selekeh. Tapi berbeda pula kalau aku kelua jalan-jalan soping. Aku lebih suka menepek mekap 5 inchi (cukup lah tu wahaha), kasut heels siket, contact lense kaler2 (ini amat penting ye) dan memakai dress ala gadis-gadis gitu. 

So, itulah perbezaannya aku yang pegi kelas, dengan aku yang kelua jalan-jalan. Kang aku pakai beriya-iya pegi kelas, kengkawan aku kompem-kompem la terkejut berok tengok aku kan. Daripada mata hitam bertukar jadi mata ungu, eh kelabu, eh biru pulak. Eh, dah macam mata kucing pula.


 Bye. Pegi kelas dulu.

Hai. Saya baru bangun tido. Wahaha penipu besa. Ni time jalan-jalan kat ikea. I loveee ikea. Time ni mekap lebih siket ye.

P/S: Wahh kemain rindu lagi aku kat hometown! Homesick, uwaaaaa. Lepas grad ni nak cari keje kat JB jugak lah nampak gayanya.

4 comments:

A.N.I.T.H said...

u gojesss!!! pakai cantik2 macam pg ikea tu apa salahnya.smgt sikit nak blajar. however bila kuar jakan2 haruslah over lagi!!i setuju!!

Cik Suheela said...

Hahaha betul2. kelua jalan2 haruslah over lagi heeeee :D

zaira said...

bestnye katil itu!

Cik Suheela said...

aha best gila. rasa cam nak guling2 je kat situ :D