Saturday, January 1, 2011

Entry pertama tahun 2011

Assalamualaikum semua. Apa khabar semua readers & followers? Sihat? Alhamdulillah, saya masih lagi boleh bernafas di muka bumi yang penuh nikmat ni. Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama sedekah kan al-fatihah buat allahyarham Faizal Yusof yang baru je kembali ke rahmatullah pada pukul 1.45 petang tadi akibat serangan sakit jantung. Saya menjadi agak islamic sedikit ye kerana berasa insaf diatas kematian orang lain di usia muda. Bila-bila masa je Allah boleh tarik umur kita kan. Jadi sama-sama lah kita berbuat baik sepanjang kita masih lagi hidup ni. InsyaAllah. 


Semua orang ada azam baru kan? Saya pun ada jugak heee. Azam baru mesti mau jadi lebih baik. Anak yang baik serta kawan yang baik. Aku ni agak setiakeluarga. Kalau orang lain setiakawan, aku pulak setiakeluarga. Cheewahh wakaka. Sebab pada aku family first, barulah boleh yang lain-lain tu sume. Betul tak? 


Cerita pasal hal tadi. Tadi jalan2 di ikea. Jalan dan jalan, tup2 jumpa timbang digital. Murah u, RM49 je. Kalau kat Jusco RM80++ tau. Sebab teruja sangat, jadi aku ambil lah satu. Kaler merah tu, cantik. Pasti lebih semangat untuk kuruskan badan lepasni :p


Nak sajikan u all dengan gambar-gambar tadi. Gambar ni semua kakak aku yang ambil. Maklumlah, kamera aku cap ayam je. Kamera kakak aku cap berlian hehehe.


 Muka aku yang tengah menolak troli tu. Langsung tak bermaya. Belakang tu berderet orang lalu lalang, kitorang boleh posing, kesian orang-orang itu. Sempit jalan kat situ wahaha.

 Selit sikit.

 My dad & Fathur. Tengok fathur ni. Dia asik nangis je sebab ramai sangat orang kot.

 Aku termenung lagi. Mungkin mengenangkan takdir yang menimpa diri ini :p

 Kemain suka anak buah aku ni setelah dapat belon oren tu. Mahal tau, RM5! T_T

 Singgah minum2 sat kat kedai Fend Ikan Bakar. Sodappp. Nostalgia betul gamba ni (sebab hitam putih)

 Eh, aku jadi tukang amik gamba jap ye.

 Eh malu2 kena pegang belon nya si fathur.

Nak bagitau, sepanjang perjalanan, aku pakai beg biru, shawl kaler campur-campur, selipar pink. Hahaha baru perasan sekarang. No hal lah tak match, ade ke orang nak pandang aku kan.

Ok lah, I stop dulu ye u all. Maaf lah, campur aduk kata ganti diri kat blog I ni, kejap 'saya', kejap 'I', kejap 'aku'. Maklumlah Bahasa Malaysia pun tak pandai sangat, jadi bahasa pasar lah yang I gunakan. Selamat tahun baru ye semua. Semoga u all berjaya dalam apa jua yang u all lakukan. Doakan saya juga. Semoga saya dapat jadi lebih baik untuk tahun 2011 ni. Aminn :)

13 comments:

Anisa Hang Tuah said...

woww
baby boy tu comel
(:

zOeY zAu YaH said...

usaha betul2 untuk tunaikan azam hehe..=)

Huzalilah. said...

waa pegi ikea!
best kan?? :)

AISYAH JAIS said...

beg cantik :)

iLLusion dinie said...

comel belon tu~

GA cik Dya said...

jom join GA cik Dya kat sini

http://sipenyapuburuk.blogspot.com/2011/01/lucky-giveaway-by-cik-dya.html

Sae said...

jom join GA by cik dya..

http://sipenyapuburuk.blogspot.com/2011/01/lucky-giveaway-by-cik-dya.html

Cik Suheela said...

Anisa Hang Tuah: itu my anak buah yg kiut miut hee :)

Cik Suheela said...

zOeY zAu YaH: InsyaAllah :)

Cik Suheela said...

Huzalilah: aha best2! :)

Cik Suheela said...

AISYAH JAIS: hehe trimasss ;)

Cik Suheela said...

iLLusion dinie: belon je ekekeke :p

Cik Suheela said...

GA cik Dya & Sae: heee okeh :)