Saturday, January 8, 2011

Aku dan Fathurrahman

Dalam mengantuk, aku masih lagi ada hati untuk mengupdate belog. Update belog yang comot ni. Mata aku dah berpinar-pinar, baru je lepas gosok gigi guna ubat gigi Darlie dan basuh muka guna sabun herba natasya, tapi masih lagi mengantuk ye. Aku punya kepala pening bukan kepalang lagi, berdenyut-denyut, mungkin sebab terkena hujan petang tadi.


Nak bagitau ni. Bilik aku dapat wireless tapi kena bayar lah tiap-tiap bulan. Wahh, kemain seronok aku dapat internet. Ayat tu dah macam gadis dari hulu tak penah men tenet kan.


Ok, meh sini tengok-tengok sikit. Nak sajikan sesuatu bawah tudung saji.


 Tengok makcu ni kemain jahat amik gambar patur ngah ngorok. Cet!

 Tengok tu. Aku lagi. Dukung si patur. Da macam mak kepada budak comel ni daa.

 Kemain gelak besar lagi si patur tengok muka dia kat cermin. Tahu lah kacak.

 Gambar tak formal makcik dan anak buahnya. Muka aku seribu kali besar dari si patur, tengok lah T_T

 Tengok lah, kua jalan pon pakai baju kuning sesame taw. Jangan jeles u ols.

 Tengok mata patur. Kemain bulat lagik.

Makan pon nak berkepit dengan aku. Hee :)

Nampak tak? Kemain banyak lagi aku upload gambar aku dengan anak buah kesayangan. Mesti lambat loading kan. Kesian korang. Hikhik. Aku saje je, nak tunjuk koleksi aku tengah-tengah malam buta ni. Koleksi gambar dengan anak buah kesayangan, Fathurrahman. Actually, ada banyak lagi. Tapi tak leh la nak upload semua kan.

Nak jadi cerita, boleh kata setiap kali aku kelua mesti aku angkut Fathur jugak. Walaupon aku kelua dengan boypren aku topex, pon aku penah angkut Fathur sekali. Orang len tengok kitorang dok dukung baby gilir-gilir, mesti diorang ingat aku dengan topex ni memang dah suami isteri agaknya. Hahaha! 

Kalau ada Fathur ni, aku jadi pemes kejap. Sebab semua orang yang ada kat soping kompleks nak pegang-pegang dia, cakap dia comel lah, dan kebetulan aku pulak yang tengah dukong dia, pe lagi, makcu dia ni tumpang pemes lah. Wahaha, KEJAM. Takdelah, aku memang suka budak kecik ni. Tu pasal tiap kali kalau kelua mesti nak bawak Fathur sekali. Tak kesah lah orang nak anggap aku macam MAK KEPADA SI FATHUR ni pon takpe. Aku rasa, saham aku sikit ponnn tak jatuh kalau aku dukung baby time jenjalan. Wahaha! Statement tak boleh blah.

Tambahan pula, aku cuma ada satu jelah anak buah kan. So, paham-paham jelah. Mestilah kasih sayang aku bagi kat dia melimpah ruah macam banjir kat terengganu tu.

K lah, stop dulu ye u all. Kepala I dah berputar-putar macam nak pengsan pon ada dek kerana kena hujan petang tadi, haishh. Selamat malam semua. Luv u all followers & readers :D

8 comments:

deno said...

alolo...
comelnyeeeee ank buah makcu nie....
mesti rapat kan?

heeeee (^_^)

Cik Suheela said...

kamceng gila macam mak dgn anak dah heeee :D

Lelaki Ini said...

chumel sgt2!

Cik Suheela said...

aha ank buah i mmg comel heeeee :D

nik rosmawati said...

comel anak saudara kamoo.
aishhh..ni buat rindu kat anak buah gak ni.

Cik Suheela said...

heeee kite pon rindu kat anak buah huhu :(

Amira Athirah said...

Fathurrahman sgt cute ok ! ;D

Cik Suheela said...

aha. dia amat amat amat cute + gebu gila!! hehehe.