Sunday, December 26, 2010

Berkaraoke memang best bukan?

Berkaraoke memang best bukan? Tak best ke? Takpe2, hobi saya memang berkaraoke. Sejak umur 18 tahun dah pupuk minat karaoke ni. Mula2 masok karaoke jamban je. Lama2 dah upgrade masok karaoke bilik dahhh. Maklumlah, dedulu duit pon xde sgt, xdapat biasiswa dulu2, mampu karaoke dekat karaoke jamban je lah. Tahu kan karaoke jamban? Alah, yang kecik2 tu, macam jamban, satu lagu singget tu. Sound system kat karaoke jamban ni tak berapa baik sgt. Kalau karaoke bilik, sound system dia lebih baik. Betul tak?? Sape sokong??


Sampai la umur dah 22 tahun ni, kat rumah pon dah ade set mini theater, kebetulan boleh wat karaoke jugak, i hentam lah karaoke jugakk kat rumah. Kesian jiran2 i, mesti bengang je diorang sebab i buat suara katak puru panggil hujan.


Tadi i pegi karaoke kat Ali Baba karaoke. Sape tahu angkat tangan? Alaaah, orang JB mesti tahu punya kan. Tempat dia memang SUPERB LAWA. Design ala-ala arab gitu. Sound system pon baik. Kira kalau i jerit kat microphone tak pecah tingkap lah, selamaaaattt. Harga pon ok. RM5 sekepala. Tapi kena datang sebelum pukul 7malam. Lepas pukul 7malam dah lain harga u.


 Disebab kan fathurrahman xdapat nak menyanyi sama, kami bagi lah dia drive keta mainan kegemaran dia ni. RM5 untuk 10 minit  je. Mahal kan? Penjaga kereta ni pon masam je, tak ramah langsung.

 Ko tengok tu, kemain lagi, mentang2 kereta ni aku yang control dia dok releks je, letak tangan kat tepi pastu sandar. Ade ke patot?? Aisehman.

 nampak tak mamat kat belakang tu? Aku nak amik gamba dia pon nak selit jugakkk.

 Gelap dalam ini bilik. Jadi gamba pon nampak kelabu asap gitu.

 Yang ni abang ipar aku yang nyanyi.

 Ni pon same. Yang aku dok nyanyi lagu anis suraya, amy mastura, agnes monica. Balik2 tu je. Bosan pendengar2 sekalian.

Lagi sekali gamba kelabu asap.

Gamba sebelum kelua. Abadikan dulu kenangan. Peace.

OK bye2 semua. Semoga jumpa lagi di lain entry. Comel kan my boy Fathurrahman. Bukan anak i, anak buah i ye.

4 comments:

fingerscrossed said...

Karaoke best bila dibuat bersama kawan kawan yang sporting and riang~

Cik Suheela said...

taklah. bersama dgn family i pon best. sebab mereka sporting heee :)

Cik Yana said...

erkk~
cik Yana ingat karaoke jamban tu menyanyi dalam bilik air atau tandas.
Hee~

Cik Suheela said...

hahaha boleh jgk mcm tu yana :p