Monday, May 17, 2010

Mee Goreng Kak Do

Alahai, mesti menyampah tgok resepi ni kan..resepi paling mudah kat dunia hahaha..tapi klw nak try blh lah, resepi kak do (mak saye ye)


Bahan-Bahan:
-Tauhu 5biji (goreng dulu, pastu potong kecik2)
-Ayam (potong kecik2, letak garam+ajinamoto, pastu goreng dulu)
-Udang 6ketul (letak garam pastu goreng dulu)
-Cili kisar (letak byk klw nak pedas)
-Telur 2biji
-Garam secukup rasa
-Sos cili dan sos tomato
-Kicap
-Mee kuning 2-3 peket

Bahan-Bahan untuk dikisar:
-Bawang putih 2labu
-Bawang merah 2biji setengah

Cara Membuat:
1. Masukkan bahan2 utk dikisar dgn cili kisar. Tumis smpai bau naik ye.
2. Masukkan mee kuning, tauhu, ayam, udang.
3. Gaul sebati, masukkan sos cili, sos tomato, kicap, garam secukup rasa. Pecah kan 2biji telur, gaul bagi rata.
4. Tabur daub sup dan bawang goreng. Siap!

Kalau nak wat basah2, letak air byk sikit ye atau guna cili kering yang dikisar mnggunakan air yg byk..Selamat mecuba :)

No comments: