Monday, May 17, 2010

Masak Lemak Cili Api Telur Kak Do

Ini resepi mak saya ye..kak do tu nama glamor mak dikalangan adik beradik dy hehehe..Nak try resepi ini??bagi mereka yang pakar masak msti da tahu punye kan??hehe tak kira, aku nak kongsi jgk dgn korg :p



Bahan-Bahan:

-santan untuk sebiji kelapa
-serbuk kunyit (ikut suka, klw nak lebih kuning letak byk lah ye)
-asam keping (sekeping cukup ler)
-telur ayam (dibasuh dan direbus)
-Garam secukup rasa

Bahan-Bahan untuk dikisar:
-sebiji bawang besar
-10 tangkai cili padi (nak pedas letak byk2 lagi)
-udang basah (klw takde, blh diganti dgn udang kering atau ikan bilis)
-Halia (sebesar ruas ibu jari)

Cara Membuat:
1. Hidup api, masukkan santan, serbuk kunyit, asam keping, dan bahan2 yang dikisar td.
2. Masukkan telur ayam rebus, letak garam secukup rasa. Nak letak ajinamoto pun blh, letak siket.
3. Kacau tau, kalaw tak nnti santan pecah. Pastu dan didih tutup api, kacau lagi kejap. Siap!

Selamat mencuba :)

No comments: